Showing posts with label Untuk dia:). Show all posts
Showing posts with label Untuk dia:). Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Cinta saya





Cinta saya tak memerlukan saya memikirkannya setiap masa,
Cinta saya tak memerlukan saya memuji apatah lagi memuja dirinya,
Cinta saya tak memerlukan saya rasa cemburu tak bertempat, rasa down, rasa tertekan, bersangka-sangka,
Cinta saya juga tak perlu selalu berhubung untuk berasa sentiasa ada di sisi,
Cinta saya tak memerlukan saya menatap wajah atau gambarnya,
Cinta saya tak memerlukan semua itu..

Ya..
Cinta saya pelik,
Cinta saya asing,
Cinta saya kelihatan tak pasti..

Sebab,
Saya tahu, saya belum halal untuk dia..
Saya cuma mencintai dirinya,
Dan berharap hanya padaNya..


Bicaraluqluq: If you love somebody, let them free. :)


www.tips-fb.com

Friday, December 28, 2012

Angan-angan itu impian. :)


InshaAllah...
One fine day.
With him that Allah choose for me.


MM :)
5.03 pm
318(1) khar
www.tips-fb.com

Saturday, December 15, 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah CINTA...

-Ayatul Husna-

Setelah cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya.

Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta
akal baring tak berdaya, 
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

-Anna Althafunnisa-

Ku akui sudah serik untuk merasakan
perasan fitrah kurniaanNya
kerana ku yakin ku akan kecewa
dek khuatir tersalah meletakkan cinta

Namun tiada apa yang boleh melawan kuasaNya
Memberi tanpa diminta
Datang tanpa diduga
Akhirnya kuakur aku harus menerima

Ujiankah ini?
Jika ujian maka minta dijauhkanku daripadanya
Takdirkah ini?
Jika takdir peliharalah rasa ini sehingga waktu itu tiba

Pintaku lewat solat
Biarlah rasa ini bersulamkan mujahadah
Biarkan ia mengalir mengikut aturan Allah
Tidakku berharap tidakku mengalah

Sudah tertulis sebuah nama
dalam setiap sujud dan doa
Hanya padaNya diletakkan harapan
Tanda masih merasakan agung CINTANYA.

ya Rabb.
Peliharalah diriku 
Hadirkan dia yang penuh rasa kecintaan terhadapMu.

-Luqluq-



bicaraluqluq: Keep your love for your HUSBAND only, luqluq! Just follow the flow. 
                                                           
www.tips-fb.com

Sunday, December 2, 2012

Segalanya hanya keranaNya.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Taip mesej...nak send.. eh eh tak jadi lah.. delete.. last2 campak fon jauh2..
erm.. susah.. payah.. 
hati oh hati.. bersabarlah..

Teringat.. cepat2 istighfar.. 
susah.. payah.. bila hati dah merasa..

Malu nak mengatakan
yang ujian itu terlalu berat
Sedangkan ada lagi ujian maha hebat
Allah..lemahnya ku rasa..

Malu bila soal ini dibicarakan
sedangkan ada hal yang lebih besar harus diambil perhatian
Tapi bolehkah hati menafikan apa yang dirasa?
Allah Maha Mengetahui duhai hati.
Bersabarlah...

Segalanya kerana aku cintakan Rabb yang satu.
Maka ku tahankan rasa
Imannya lebih utama
Maruahku lebih dari segalanya.

Pujuk hati
" Allah sedang aturkan yang indah-indah buatmu, maka bersabarlah. Lihat langit biru, senyumlah, rasakan Allah sedang menjagamu dengan penuh kasih"


bicaraluqluq: Jika rasa ini kurniaan dariNya, maka biarlah ia mengalir mengikut arus ketetapan. Persiapkan diri untuk ummah generasi mendatang. :)

www.tips-fb.com

Wednesday, November 28, 2012

Warkah Cinta

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata termaktub sudah 
Menjadi warkah berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Berahi mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha Mengerti dimana letaknya cintaku ini.

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgaMU
Bila saatku pergi biarlah cintaku tetap disitu..

(Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan)

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha Mengerti dimana letaknya cintaku ini.

Lirik lagu yang penuh makna.
Sesungguhnya tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa.
Pertahankan iman, fighting nafsu!


bicaraluqluq: Kurniaan rasa untuk dipelihara. Persiapkan diri, kotakan janji. :)


www.tips-fb.com

Friday, November 2, 2012

Suprisenya rahsia Allah. ^_^

Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

"man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid"

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

Tak pasti itu hadis sahih ataupun bukan, cuma boleh dijadikan salah satu kalimah bagi memperingati diri as a muslimah dan semangat untuk diri kita terus menjadi mujahidah. :)


Pernah rasa sesuatu perasaan yang aneh apabila terpandang seseorang? it's something weird kan? kalau boleh nak elak semua tu terjadi, lagi-lagi dalam keadaan kita belum bersedia. Tak tahu nak buat apa. Sampai satu masa kita tersedar, kita tidak boleh nak elak fitrah semulajadi manusia. Fitrah yang kita sedaya upaya jaga agar ianya tidak bertukar menjadi fitnah. 

Kita beruntung, sudah banyak kisah cinta contoh yang boleh diteladani. Cinta itu definisinya luas.Saya suka pegang kata-kata penulis kegemaran saya. Hilal Asyraf kata, ' Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersamanya ke syurga, apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya.'. Ustazah Fatimah Syarha pula kata, 'cinta sesama manusia adalah alat bukan matlamat,ianya adalah alat untuk mencapai cinta Allah'. SubhanAllah, suci sebenarnya cinta jika dipupuk dengan baik dan terjaga. Hanya tangan-tangan manusia yang tidak  tahu makna sebenar cinta membuatkan kesucian cinta itu hilang. 

Susah untuk menjaga perkara sebesar ini dalam hidup. Dunia tidak akan pernah berhenti memperkatakan tentang kuasa yang satu ni. Maka dengan itu pentingnya ilmu untuk kita kendalikan perasaan kita. Jika belum bersedia, cukup cintainya dalam diam. Kerana diam itu salah satu bukti cinta. Cinta itu memuliakan bukan menghinakan. Dengan usaha seperti itu, kita telah memuliakan dirinya, menjaga kesucian dan penjagaan hatinya daripada mengajaknya menjalin hubungan terlarang.

Kisah Fatimah dan Ali sudah cukup untuk kita jadikan contoh, saling memendam rasa tetapi akhirnya Allah mempertemukan mereka dalam ikatan yang mulia. Dalam diam, sebenarnya tersimpan sesuatu kekuatan. Kekuatan harapan. Kebergantungan penuh kepada Allah kita letakkan, dan mungkin sahaja Allah menjadikan harapan itu suatu kenyataan. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya? :)

Firman Allah, 
Maksudnya:

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir : ayat 60)

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya :

 “ Doa itu adalah ibadah, Tuhanmu telah berfirman, berdoalah kamu kepadaKu, nescaya pasti aku akan perkenankan."
    ( Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah)



Namun, jika ditakdirkan orang yang kita suka dalam diam itu bukan jodoh yang telah ditetapkan, bila tiba waktunya Allah akan menghapus "cinta dalam diam" itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat. Biarkan cinta dalam diam itu tetap diam, dan menjadi memori tersendiri dan juga menjadi rahsia antara diri sendiri dan sang Pemilik Hati.

Bersabarlah. Itu juga salah satu ujian. Sibukkan diri dengan ilmu. Jangan sampai ianya mengganggu fokus tujuan sebenar hidup. Ingat, cinta manusia itu cuma salah satu alat untuk menggapai cintaNya, bukan matlamat. Pinta pada pemilik hati yang sebenar, kerana cuma DIA pemegang hati-hati makhlukNya. Jika ditakdirkan sendiri hingga hujung nyawa, bersyukurlah andai kasihNya telah kau perolehi. Moga ada seseorang yang menantimu di syurga Allah kelak. 

Pernah dan sedang diuji juga, namun nasihat sahabat ku simpan erat.

"Jagalah hati, insyaAllah 'sidia' juga mesti sedang menjaga hatinya, persiapkanlah diri, doa semoga 'sidia' juga dalam proses membaiki dan mempersiapkan diri ". Allah tu sweet, dia saje nak bagi suprise. Bersabarlah dalam penantian. Penantian itu bukan satu penyiksaan tapi buah kepada kesabaran, Allah nak bagi awak pahala lebih lah tu.  ^_^ 

Dalam diam
ada.. sesungguhnya ada
ada rasa cinta kepada dia
ada rasa rindu kepada dia
namun sahabat
sungguh aku tidak mengetahui siapa dia

Sering juga kupinta lewat istikharah

Agar dijelmakan bayangan dia
Kerana hati sering bertanya
Dimanakah dia

Namun ku mengerti

DIA lebih mengetahui perihal diri ini
Belum masanya kami mengenali

Cukuplah ku iringi dengan doa buat dirinya..

Aku menanti hadirnya dia yang halal
Dia yang sudah ditakdirkan buatku
Menjemputku atas kalimah Allah
Kerana sudah tertulis sejak azali
Dalam kitab suci perjalanan insani

Dalam doa kudusku setiap malam.

Aku memang mencintai dia dalam diam.
:)




Binalah prinsip,
Awas, jangan dekat! 
Jika mahu, dapatkan secara terhormat.
Saya ada wali. 
^_^

bicaraluqluq: Jika belum bersedia, jangan jadikan perasaan itu satu yang sia-sia.  :)


www.tips-fb.com

Monday, September 24, 2012

Aku juga seorang pejuang.

Aku adalah aku
Seorang insan biasa hamba yang kenal erti malu
Bernaung dibawah kuasa yang SATU
Tetap dengan prinsip peribadi yang jitu

Tak pandai bermanis kata
Apatah lagi petah berbicara
Namun ketahuilah
Aku juga sedang berjuang
Berjuang meneguhkan apa yang saat ini kupegang.

Allah lah pemegang hati-hati
Diberi ujian, dibalas dengan ketenangan
Dahulu ku pernah tersesat, DIA jualah yang menarikku kembali.
Mana mungkin aku kan kembali menjatuhkan diri pada jurang yang penuh duri

Menyimpan rasa dihati ternyata payah.
Ku menolak bukan menafikan fitrah
Tetapi aku menahan hingga saat waktu tepat
Bukankah aku juga sedang berjuang?

Terkadang rindu menyapa.
Dek prinsip kutahankan rasa.
Walaupun dirinya semakin menjauh
Kuharap suatu hari nanti dia pasti mengerti
apa erti sebuah pengorbanan.

Mujahadah kian susah
Namun hati tenang dengan perjalanan ini
Hanya kepada Allah ku mengadu keluh kesah.
Moga istiqamah mempersiapkan diri.


bicaraluqluq: Jodoh rahsia Allah. Semoga selamat dalam perjuanganmu. dan aku dengan perjuanganku. :)



www.tips-fb.com

Monday, July 9, 2012

Untuk dia


Sekarang, aku hanya boleh mencintaimu dengan BIASA

Tetapi, 

Tatkala Akad terlaksana dari lisanmu, maka tersingkaplah hijab diantara kita

dan ketika itu barulah aku boleh mencintaimu dengan LUAR BIASA

 malah wajib mentaatimu dengan SETIA

Kerana

Aku mendambakan syurga bukan sahaja di alam rumah tangga, tetapi juga di akhirat sana.

Bersamamu aku damba

menjadi bidadarimu di dunia dan di syurga. 

insyaALLAH.

:)

bicaraluqluq:saya nak jadi istimewa pada yang halal JE! (^_^)v
www.tips-fb.com

Tuesday, June 26, 2012

Soalnya Hati.


Cintaku berhaluan
Sekali jatuh hati, hanya setia yang diberi
tetapi jika sekali dikhianati tak mungkin berpaling lagi.

Tak minta yang sempurna
Hanya setia yang dipinta
Jujur berbagi cerita
Memahami seluruh jiwa
dan yang paling utama
Agama yang pertama

Diri tak mengharap yang soleh
kerana aku juga belum cukup solehah
Yang kupinta
Sama-sama berjalan seiring menuju redhaNYA.
 :)

bicara luqluq: cinta main-main tak ada dalam kamus hidup anak en.azman hassan ni. sebab tahu, perasaan tak boleh buat main.nak main-main pegi beli anak patung. ^_^v


www.tips-fb.com

Saturday, May 19, 2012

Indahnya saat menahan.

"Indahnya saat menahan, apabila berbuka penuh keterujaan''-Ustazah Fatimah Syarha.

Tersenyum melihat gelagatnya.
Sabar mengikut rentakku dalam bermujahadah.
Tidakku nafikan fitrah ini
tetapi biarlah ianya terjawab jika engkau dan aku telah bersedia.
Dan pada ketika itu, bangga ku katakan engkaulah pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL.

 “ Dan orang-orang yang berjihad, bersungguh-sungguh bermujahadah menuju kepada-ku, pasti aku tunjukkan kepada mereka jalan-jalan-ku “. (Q.S (29) Al Ankabut ayat 69 ). 


ada satu video yang buat air mata aku mengalir, terasa kerdil diri ini..moga dapat jadikan pengajaran bersama.gud job kepada mereka yang berjaya menghasilkan karya seperti ini. :)

indahnya pengakhiran cerita.lagi indah disaluti cinta ALLAH dan RASUL.:)


awak,inche imam yang saya tak tahu siapa..tema nanti warna biru tau yang pastinya.. :p

bicaraluqluq: makin dewasa memikirkan perkara macam ni. jadi ilmu kena topup banyak2. Selain berusaha menjadi hambaNYA yang taat, perlu usaha juga untuk menjadi bakal bidadari dunia buat bakal imamku nanti. :)
www.tips-fb.com