Friday, November 2, 2012

Suprisenya rahsia Allah. ^_^

Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

"man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid"

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

Tak pasti itu hadis sahih ataupun bukan, cuma boleh dijadikan salah satu kalimah bagi memperingati diri as a muslimah dan semangat untuk diri kita terus menjadi mujahidah. :)


Pernah rasa sesuatu perasaan yang aneh apabila terpandang seseorang? it's something weird kan? kalau boleh nak elak semua tu terjadi, lagi-lagi dalam keadaan kita belum bersedia. Tak tahu nak buat apa. Sampai satu masa kita tersedar, kita tidak boleh nak elak fitrah semulajadi manusia. Fitrah yang kita sedaya upaya jaga agar ianya tidak bertukar menjadi fitnah. 

Kita beruntung, sudah banyak kisah cinta contoh yang boleh diteladani. Cinta itu definisinya luas.Saya suka pegang kata-kata penulis kegemaran saya. Hilal Asyraf kata, ' Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersamanya ke syurga, apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya.'. Ustazah Fatimah Syarha pula kata, 'cinta sesama manusia adalah alat bukan matlamat,ianya adalah alat untuk mencapai cinta Allah'. SubhanAllah, suci sebenarnya cinta jika dipupuk dengan baik dan terjaga. Hanya tangan-tangan manusia yang tidak  tahu makna sebenar cinta membuatkan kesucian cinta itu hilang. 

Susah untuk menjaga perkara sebesar ini dalam hidup. Dunia tidak akan pernah berhenti memperkatakan tentang kuasa yang satu ni. Maka dengan itu pentingnya ilmu untuk kita kendalikan perasaan kita. Jika belum bersedia, cukup cintainya dalam diam. Kerana diam itu salah satu bukti cinta. Cinta itu memuliakan bukan menghinakan. Dengan usaha seperti itu, kita telah memuliakan dirinya, menjaga kesucian dan penjagaan hatinya daripada mengajaknya menjalin hubungan terlarang.

Kisah Fatimah dan Ali sudah cukup untuk kita jadikan contoh, saling memendam rasa tetapi akhirnya Allah mempertemukan mereka dalam ikatan yang mulia. Dalam diam, sebenarnya tersimpan sesuatu kekuatan. Kekuatan harapan. Kebergantungan penuh kepada Allah kita letakkan, dan mungkin sahaja Allah menjadikan harapan itu suatu kenyataan. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya? :)

Firman Allah, 
Maksudnya:

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir : ayat 60)

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya :

 “ Doa itu adalah ibadah, Tuhanmu telah berfirman, berdoalah kamu kepadaKu, nescaya pasti aku akan perkenankan."
    ( Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah)



Namun, jika ditakdirkan orang yang kita suka dalam diam itu bukan jodoh yang telah ditetapkan, bila tiba waktunya Allah akan menghapus "cinta dalam diam" itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat. Biarkan cinta dalam diam itu tetap diam, dan menjadi memori tersendiri dan juga menjadi rahsia antara diri sendiri dan sang Pemilik Hati.

Bersabarlah. Itu juga salah satu ujian. Sibukkan diri dengan ilmu. Jangan sampai ianya mengganggu fokus tujuan sebenar hidup. Ingat, cinta manusia itu cuma salah satu alat untuk menggapai cintaNya, bukan matlamat. Pinta pada pemilik hati yang sebenar, kerana cuma DIA pemegang hati-hati makhlukNya. Jika ditakdirkan sendiri hingga hujung nyawa, bersyukurlah andai kasihNya telah kau perolehi. Moga ada seseorang yang menantimu di syurga Allah kelak. 

Pernah dan sedang diuji juga, namun nasihat sahabat ku simpan erat.

"Jagalah hati, insyaAllah 'sidia' juga mesti sedang menjaga hatinya, persiapkanlah diri, doa semoga 'sidia' juga dalam proses membaiki dan mempersiapkan diri ". Allah tu sweet, dia saje nak bagi suprise. Bersabarlah dalam penantian. Penantian itu bukan satu penyiksaan tapi buah kepada kesabaran, Allah nak bagi awak pahala lebih lah tu.  ^_^ 

Dalam diam
ada.. sesungguhnya ada
ada rasa cinta kepada dia
ada rasa rindu kepada dia
namun sahabat
sungguh aku tidak mengetahui siapa dia

Sering juga kupinta lewat istikharah

Agar dijelmakan bayangan dia
Kerana hati sering bertanya
Dimanakah dia

Namun ku mengerti

DIA lebih mengetahui perihal diri ini
Belum masanya kami mengenali

Cukuplah ku iringi dengan doa buat dirinya..

Aku menanti hadirnya dia yang halal
Dia yang sudah ditakdirkan buatku
Menjemputku atas kalimah Allah
Kerana sudah tertulis sejak azali
Dalam kitab suci perjalanan insani

Dalam doa kudusku setiap malam.

Aku memang mencintai dia dalam diam.
:)




Binalah prinsip,
Awas, jangan dekat! 
Jika mahu, dapatkan secara terhormat.
Saya ada wali. 
^_^

bicaraluqluq: Jika belum bersedia, jangan jadikan perasaan itu satu yang sia-sia.  :)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment