Thursday, November 8, 2012

Mampukah aku?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

"Intan fikirlah baik-baik, buat istikharah, akak cuma pembuka jalan je.
kalau Allah dah tetapkan jalan ini untuk intan, ia pasti baik. 
Ianya bukan untuk akak, tapi untuk intan kerana Allah 
Allah dah tunjukkan jalan. "

Mesej dari seorang sahabat yang banyak membantu buat diri ini berfikir panjang.
Dilema.
Mampukah aku?

"Berkorbanlah. kerana itulah yang akan jadi saksi diakhirat kelak."
Nasihat dia lagi.
Aku?
Allah.......

Sejak kebelakangan ini, perjalanan yang dilalui banyak mengajar erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan.
Bila jiwa lemah, diberikan kebangkitan dengan ketegasanku untuk membuat keputusan dan pemilihan atas jalan yang telah dipilih.
dan kali ini. Peluang ini.
Aku diberi jalan. Rasa cemburu ku membawa aku kejalan ini.
Tapi mengapa hati ini masih tercari-cari kepastian?
Bersediakah aku?

Rasa rendah diri.
Masih belum cukup ilmu.
bermacam-macam rasa bermain dalam hati.
Teringin, benar teringin.
Tapi, masih ada sesuatu yang cuba menghalang.

BERKORBANLAH!

Terinspirasi dari Ayat-ayat cinta Allah:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
 (surah as-saff ayat 4)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
 (surah as-saff ayat 10-11)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(surah at-taubah ayat 38)

Aku merasakan telah menghampiri destinasi itu. Namun, kebimbangan masih bermukim dihati.
Moga diberi petunjuk. 
Hanya padaNya ku berserah. 

:')


bicaraluqluq: Rendah diri yang teramat sangat tapi sampai bila????

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment