Wednesday, October 31, 2012

Ayat-Ayat CintaNya memujuk.

Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya.


Bila dalam kesedihan melanda, pasti yang asyik dengan cinta insani akan dipujuk kekasih hati yang kononnya sentiasa berada disisi.

Bagi mereka yang sedang melawan kehendak hati,adakah dikau keseorangan? forever alone? Tidak sahabatku sayang. Kita juga punya kekasih hati.Jika mereka menerima beratus ratus sms cinta untuk memujuk, kekasih kita punya ayat-ayat cinta yang benar lagi beribu kali sweet untuk memujuk kita.

Kita punya ALLAH.

Allah memujuk kita dengan ayat-ayat kalamullahNya yang indah untuk menjawab setiap persoalan kita.

Kita bertanya, 'mengapa aku diuji?'

Dalam Al-Quran, Surah Al-'Ankabut, m/s 396 ayat 2-3 ada menjawab :)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 
"Kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

Kita bertanya, 'Kenapa aku masih tak dapat apa yang aku nak selama ni?'

Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, m/s 34 ayat 216 menjawab

".....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kita bertanya, "Kenapa ujian seberat ini?"

Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, m/s 49 pada awal ayat 286 pun dah terjawab :)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Kita juga tidak dibiarkan dalam kekecewaan yang panjang. Bila rasa diri kecewa ingatlah ayat ni,

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman". (Al-'Imran:139)

Kita bertanya, "Apa yang harus aku lakukan?"

Dalam Al-Quran, Surah Al-'Imran m/s 76 ayat 200 ada menjawab 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Kita bertanya, "Bagaimanakah aku hendak menghadapinya?"

Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah m/s 7 ayat 45 ada solusinya. :)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

Kita bertanya, " Kepada siapa aku berharap?"

Dalam Al-Quran, Surah At-Taubah m/s 207 ayat 129 menjawab,

"....Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung."

Kita bertanya, "Kenapa aku tidak dapat bertahan?"
Dalam Al-Quran, Surah Yusuf m/s246 ayat 87 menjawab,

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Kita bertanya, "Apa yang aku dapat dengan semua ini?"

Dalam Al-Quran, Surah At-Taubah m/s204 ayat 111 menjawab,

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."

See, Allah dah jawab segala persoalan kita.
Bersabarlah hadapi segala ujian, kerana esok ganjarannya lebih besar.Didiklah hati untuk bersabar.
Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.
Jom bercinta dengan Allah, berkasih dengan Rasulullah. :)

bicaraluqluq: Syurga itu tersangatlah mahal harganya, maka dengan itu tanya pada diri sudah layakkah kita untuk berada didalamnya. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment