Showing posts with label Karyaku. Show all posts
Showing posts with label Karyaku. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Aku hanya berbicara tulisan.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW


Aku menulis
bukan bermakna aku merasai sendiri
Aku menulis
kerana aku memerhati
Ada tulisan menggambarkan diri
Ada tulisan menggambarkan lukisan hati
dan...
Ada tulisan hanya sekadar mewakili
Hati-hati yang mendamba cinta hakiki
Hati-hati yang sudah lelah ditipu cinta duniawi

Ku menulis
Kerana tidak mampu bersuara
Kerana kutahu ianya keras di pendengaran telinga
Masuk kehati menjadi dendam
yang kemungkinan takkan mungkin padam

Ku diam 
bukan tanda setuju dengan perbuatan
Kesilapan yang sudah dibalut keindahan alasan bisikan syaitan
Tapi kerana ku tahu
Hatimu lembut tak biasa dengan sentapan
Biarpun pelbagai nasihat yang kau dengarkan
Jika dirimu masih belum mampu bermujadah melawan
Aku yakin kata-kataku akan kau bangkang
Atau mungkin hatimu berbisik 
Bagaikan aku ini tidak pernah membuat kesilapan

Aku menulis
juga buat ingatan
yang terkadang aku ini lupa akan pesanan
Pesanan-pesanan mereka yang juga lewat tulisan
Kerana aku tahu
Setiap kata-kata itu akan diuji Tuhan

Wahai hawaku sayang
Ini hanya sebuah coretan
Dari hati yang memendam
Yang hanya mampu membenci di hati yang paling dalam
Walaupun kutahu itulah selemah-lemah iman


_luqluq_
23012014_09:41AM
bilik 25 degree

Bicaraluqluq: Selamanya tak mungkin dua 'cinta' bersatu dalam satu hati. Moga Allah menjaga penuh kasih. 

www.tips-fb.com

Thursday, January 9, 2014

Terima kasih IMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Semakin hari semakin mengerti
Hidup ini ada priority

Dulu punya prinsip
Tapi goyah, rapuh
Senang tumbang
Diinjak-injak
Akhirnya yang sakit tetap diri sendiri

Memuaskan hati orang
Takkan pernah habis
Mementingkan hati orang
Hati sendiri terkebelakang
Adilkah ianya diperlakukan sedemikian?
Hanya aku punya jawapan

Aku tahu apa aku mahu
Aku tahu apa aku perlu
Tanpa aku sedar Allah mengajar aku
DIA lagi Maha tahu
dan aku hanya menurut apa yang tertulis untukku.

Bodohnya dulu
Zalimnya aku
Mengagungkan maharaja nafsu

Terima kasih iman
'Kau' menjerit mengingatkan 
Mengingatkan aku yang semakin jauh dengan Tuhan.

-luqluq-
10012014
15:56 PM
bilik kecil 28 darjah celcius



Bicaraluqluq: Bersendiri membuatkan jiwa itu kembali tenang. Biar sepi tapi beerti. :)

www.tips-fb.com

Wednesday, December 18, 2013

Double T

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Berpura-pura tenang dan tabah itu kadang-kadang menyakitkan diri sendiri jugak kan?

Kau lihat dia tabah, serba serbi seperti biasa
Bagai tiada cacat cela.
Tapi rupanya kau silap 
Hatinya tersimpan seribu rahsia
yang tahu cuma dirinya dan pencipta.

Berpura-pura tabah dan tenang.
Bagai menjerat diri
tapi Allah mengerti
Setiap inci yang tersirat di dalam hati

Diletakkan dalam situasi sukar
Hanya membuatkan dia semakin tegar

"Antara perkara yang membuatkan dirinya bertahan 
hanyalah dengan menyakini Allah pasti tunjukkan jalan"

Dan dia tetap akan berdiam sehingga takdir menunjukkan jawapan.

:)
www.tips-fb.com

Tuesday, November 12, 2013

Rama-rama

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW



"Selain pantai, langit dan pelangi apa lagi yang kau paling suka?"

"Rama-rama."

"Sebab? Cantik? Berwarna-warni?"

"Taklah. Sebab ada perkara yang aku belajar daripada makhluk Allah yang satu tu."

"Apa dia?"

"Kau pernah dengar tak '...just when caterpillar thinks it's world is over, it becomes a butterfly'?"

"Hmm..banyak betul falsafah hidup kau kan."

:)

Orang jelik tengok beluncas, geli katanya. Tapi orang selalu terlupa beluncas tu satu hari nanti akan dipuji-puji. Itu pun lepas dah jadi rama-rama. 

"When you think life is too hard to handle and you want to quit, remember!... just when caterpillar thinks it's world is over, it becomes a butterfly."

Ingat, hiraukan kata-kata orang selagi kau rasa kau di pihak yang benar, selagi kau masih bertuhan. 

luqluq
09:26 pm
kayanganSepi
www.tips-fb.com

Friday, November 1, 2013

Bila iman bersuara.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Kita ni manusia biasa.
Nak kata sempurna? 
Check balik hati kita.
Mungkin ada yang tak kena.

Bila dah dikatakan manusia biasa
Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa?
Orang yang dipandang mulia juga sama
Apatah lagi yang hina dina
Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH
DIA tutup aib kita.
Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa?

Bila diri terasa berdosa
Itulah tanda iman mula bersuara
Kita ni dah terlalu lalai dan alpa
Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita
Dia beri rasa...
Itulah rasa yang kita rasa.
Rasa yang berdosa...

Bila iman sudah bersuara
Janganlah kita ignore je..
Bukannya apa
Bila dah tak terasa apa-apa
Maksiat pun dirasakan biasa.
Hati-hatilah 
Khuatir daripada Allah cinta jadi murka.

Yakinilah Allah
Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA.
Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA.
Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada segalanya.

Ini hanyalah kata-kata
Dari si pendosa.

bicaraluqluq: Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar kata-kata tanpa makna. ;)


www.tips-fb.com

Tuesday, October 8, 2013

Cinta saya





Cinta saya tak memerlukan saya memikirkannya setiap masa,
Cinta saya tak memerlukan saya memuji apatah lagi memuja dirinya,
Cinta saya tak memerlukan saya rasa cemburu tak bertempat, rasa down, rasa tertekan, bersangka-sangka,
Cinta saya juga tak perlu selalu berhubung untuk berasa sentiasa ada di sisi,
Cinta saya tak memerlukan saya menatap wajah atau gambarnya,
Cinta saya tak memerlukan semua itu..

Ya..
Cinta saya pelik,
Cinta saya asing,
Cinta saya kelihatan tak pasti..

Sebab,
Saya tahu, saya belum halal untuk dia..
Saya cuma mencintai dirinya,
Dan berharap hanya padaNya..


Bicaraluqluq: If you love somebody, let them free. :)


www.tips-fb.com