Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Semakin hari semakin mengerti
Hidup ini ada priority
Dulu punya prinsip
Tapi goyah, rapuh
Senang tumbang
Diinjak-injak
Akhirnya yang sakit tetap diri sendiri
Memuaskan hati orang
Takkan pernah habis
Mementingkan hati orang
Hati sendiri terkebelakang
Adilkah ianya diperlakukan sedemikian?
Hanya aku punya jawapan
Aku tahu apa aku mahu
Aku tahu apa aku perlu
Tanpa aku sedar Allah mengajar aku
DIA lagi Maha tahu
dan aku hanya menurut apa yang tertulis untukku.
Bodohnya dulu
Zalimnya aku
Mengagungkan maharaja nafsu
Terima kasih iman
'Kau' menjerit mengingatkan
Mengingatkan aku yang semakin jauh dengan Tuhan.
-luqluq-
10012014
15:56 PM
bilik kecil 28 darjah celcius
Bicaraluqluq: Bersendiri membuatkan jiwa itu kembali tenang. Biar sepi tapi beerti. :)
Alhamdulillaj perubahan menjadi insan yang lebih baik... moga berterusan dalam menjadi insan yang bahagia dunia dan akhirat..
ReplyDeleteAamiin.. inshaAllah..mudah-mudahan. ^_^
Delete