Thursday, January 9, 2014

Terima kasih IMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Semakin hari semakin mengerti
Hidup ini ada priority

Dulu punya prinsip
Tapi goyah, rapuh
Senang tumbang
Diinjak-injak
Akhirnya yang sakit tetap diri sendiri

Memuaskan hati orang
Takkan pernah habis
Mementingkan hati orang
Hati sendiri terkebelakang
Adilkah ianya diperlakukan sedemikian?
Hanya aku punya jawapan

Aku tahu apa aku mahu
Aku tahu apa aku perlu
Tanpa aku sedar Allah mengajar aku
DIA lagi Maha tahu
dan aku hanya menurut apa yang tertulis untukku.

Bodohnya dulu
Zalimnya aku
Mengagungkan maharaja nafsu

Terima kasih iman
'Kau' menjerit mengingatkan 
Mengingatkan aku yang semakin jauh dengan Tuhan.

-luqluq-
10012014
15:56 PM
bilik kecil 28 darjah celcius



Bicaraluqluq: Bersendiri membuatkan jiwa itu kembali tenang. Biar sepi tapi beerti. :)

www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Alhamdulillaj perubahan menjadi insan yang lebih baik... moga berterusan dalam menjadi insan yang bahagia dunia dan akhirat..

    ReplyDelete