Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
24 Jan 2014
Hari terakhir di UIC
Hari terakhir menjalani latihan industri
dan hari terakhir itu jugalah macam2 yang terjadi.
Entah macam mana tak pernah2 tertinggal kunci pejabat.
Hari terakhir itu lah kunci tertinggal.
Macam susah je nak tinggalkan pejabat tempat bertapa selama 8 minggu.
Benarlah setiap berlaku ada hikmahnya.
:)
Kunci tertinggal.
Telefon ustaz tak dapat.
Hati tergerak nak duduk pos kawalan.
Sebenarnya segan. Ramai sangat kumbang-kumbangnya.
Tapi kugagahi jua. :D
Itulah first dan last duduk dalam pos kawalan keselamatan
Bagaikan diatur Tuhan.
Ada juga sekuntum bunga buat peneman.
Itulah kak Paan.
"Kalau kunci tak tertinggal, asyik terperap je kan kat pejabat." -Kak Paan
"hee..ada hikmahnya tu kak. Hari lastlah nak buat hal. Tapi best juga duk sini. Macam nak try je angkat palang tu. hee" -Aku
Kalau tak kerana kunci tertinggal.
Takdelah duk melagha kat pos berbual panjang dengana anggota keselamatan.
Tak dapatlah kak Paan teman amik kunci kat rumah.
Tak dapatlah jalan-jalan kat A'famosa Resort.
Semuanya dapat bila hari terakhir.
Masa yang ada terlalu singkat.
Tapi Alhamdulillah, banyak yang ku dapat.
Mendengar cerita2 mereka yang penuh dengan pengalaman hidup.
Terima kasih kepada pihak UIC
Terima kasih kepada team Keselamatan
Terima kasih kepada Ustaz Syarif
Terima kasih kepada Anggota2 keselamatan
En. Ash'ari, Kak Paan, En. Radzy, En. Roslam, En. Mustafa,
En. Faisal, En. Ridzuan, En. Fuad, En. Zaidi, En. Rozainie,
En. Aidi, En. Zulhilmy dll
Semoga kita bertemu lagi.
Team keselamatan terbaik!
^_^
Lagi satu penghargaan kepada 'Alphard' yang kami tumpangi.
Ayah cakap
" Kalau takde van Ali tu susah korang nak pegi keje."
Makanya.
Jutaan Terima kasih juga kepada 'Alphard' En. Ali Haidar yang berkhidmat selama 8 minggu.
Jasamu akan kami kenang selalu.
Banyak kenangan kat van tu.
Hanya mereka je yang tahu.
>.<
Bersama mereka selama 8 minggu. |
bicaraluqluq: Semakin jauh mengorak langkah, semakin mengenal ragam dan figura manusia. Semoga semakin matang menjalani kehidupan. :)
No comments:
Post a Comment