Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Hari terakhir di UIC

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

24 Jan 2014
Hari terakhir di UIC
Hari terakhir menjalani latihan industri
dan hari terakhir itu jugalah macam2 yang terjadi.

Entah macam mana tak pernah2 tertinggal kunci pejabat.
Hari terakhir itu lah kunci tertinggal.
Macam susah je nak tinggalkan pejabat tempat bertapa selama 8 minggu.
Benarlah setiap berlaku ada hikmahnya.
:)

Kunci tertinggal.
Telefon ustaz tak dapat.
Hati tergerak nak duduk pos kawalan.
Sebenarnya segan. Ramai sangat kumbang-kumbangnya.
Tapi kugagahi jua. :D
Itulah first dan last duduk dalam pos kawalan keselamatan
Bagaikan diatur Tuhan.
Ada juga sekuntum bunga buat peneman.
Itulah kak Paan.

"Kalau kunci tak tertinggal, asyik terperap je kan kat pejabat." -Kak Paan
"hee..ada hikmahnya tu kak. Hari lastlah nak buat hal. Tapi best juga duk sini. Macam nak try je angkat palang tu. hee" -Aku

Kalau tak kerana kunci tertinggal.
Takdelah duk melagha kat pos berbual panjang dengana anggota keselamatan.
Tak dapatlah kak Paan teman amik kunci kat rumah.
Tak dapatlah jalan-jalan kat A'famosa Resort.
Semuanya dapat bila hari terakhir.

Masa yang ada terlalu singkat.
Tapi Alhamdulillah, banyak yang ku dapat.
Mendengar cerita2 mereka yang penuh dengan pengalaman hidup.

Terima kasih kepada pihak UIC
Terima kasih kepada team Keselamatan
Terima kasih kepada Ustaz Syarif
Terima kasih kepada Anggota2 keselamatan
En. Ash'ari, Kak Paan, En. Radzy, En. Roslam, En. Mustafa,
 En. Faisal, En. Ridzuan, En. Fuad, En. Zaidi, En. Rozainie,
En. Aidi, En. Zulhilmy dll

Semoga kita bertemu lagi.
Team keselamatan terbaik! 

^_^

Lagi satu penghargaan kepada 'Alphard' yang kami tumpangi.

Ayah cakap
" Kalau takde van Ali tu susah korang nak pegi keje."

Makanya.
Jutaan Terima kasih juga kepada 'Alphard' En. Ali Haidar yang berkhidmat selama 8 minggu.
Jasamu akan kami kenang selalu.
Banyak kenangan kat van tu.
Hanya mereka je yang tahu.

>.<


Bersama mereka selama 8 minggu.


bicaraluqluq: Semakin jauh mengorak langkah, semakin mengenal ragam dan figura manusia. Semoga semakin matang menjalani kehidupan. :)

www.tips-fb.com

Wednesday, November 6, 2013

Al-kisah 2 Bestari.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

6 November 2013
Hari terakhir bersama mereka
si anak anak 2 Bestari.

"Cikgu nampak lain hari ni. Hepi lain macam je. Tahulah dah nak habis."-Qairul.

Aku hanya mampu senyum je. :)

Ye.
2 Bestari.
Kelas yang selalu buat cikgu dia naik hantu.
Tak kenal erti penyesalan.
Hari-hari masuk tak sah tak kena bebel dulu.
Tak sah kalau tak kena denda.
Kelas yang selalu menguji kesabaran.

Tapi!

Setiap kali aku marah. Ada penyejuknya. 
Yang buat aku marah tiba2 boleh terketawa tengok gelagat diorang yang tak makan saman.

Fuad- Ketua kelas yang kena marah pun still boleh sengih2 lagi.
Qairul- digelar OJ. Asal cikgu masuk kelas je sibuk nak pegi tandas. Bila kena puji malu2 dia. 
Haziqul- Suka usik cikgu. Tapi bila kena tegur tak siap keje,senyum pun xnak. Kuat noe merajuknya..hee
Firdaus- Ini student paling tak reti duk diam. Setiap kali masuk kelas setiap kali tu la nama dia yang kena jerit. Tapi bagusnya cepat tangkap bila cikgu suruh buat kat depan.
Izzul- Mula-mula nampak pendiam. Dah last2 ni baru nampak nak mesra dengan cikgu.
Arsyad- Pendiam jugak. Selalu tak tumpu perhatian. Bila kena panggil nama baru gelabah tanya kawan. Tapi bila tengok dia senyum sejuk hati.
Daniel- Pandai cakap bahasa cina. Selalu offer diri nak tolong cikgu. :)
Kumar- Student yang boleh diharapkan. Rasanya satu2nya student yang tak pernah kena marah. hee
Matthew- Selalu bertekak dengan Qairul. Ada je benda yang nak digaduhkan. Tapi dengar kata bila kena tegur.
Ong- takut nak marah dia. Sebab setiap kali kena tegur mesti dia nangis. Sampai sekarang konfius ong ni faham ke tak aku cakap ni? hehe
Teo- Nakal boleh tahan tapi bila suruh buat kat depan dia yang banyak libatkan diri. 
Teh- Ni pun antara student yang senang nak di handle. Rajin dan suka bertanya.
Shi- Student paling smart matematik. Final exam hari tu pun dia sorang je dapat A. Kira pengubatlah.:)

Syamiera- Mula2 masuk kelas dulu rajin je dia. Tapi dah nak last2 tak tahu lah mana hilang semangat tu. Habit dia yang dapat diperhati suka tengok cermin. hee
Izzah- Antara student yang selalu kena sebut nama. Suka duduk belakang2 walaupun tak nampak. Tapi nampak semangat dia nak belajar. :)
Rabiatul- Kawan izzah yang selalu jugak kena sebut nama. Bila kena marah, masih boleh senyum lagi. Mungkin cikgu tak cukup garang kot. -_-
Emy- Orangnya pendiam. Bila kena tegur sebab tak siap keje senyum je dia mampu. ;)
Anis,fatin, Sa'adiah dan Dayana- 4 sekawan yang jarang buat cikgu dia marah. Tapi marah jugaklah kalau tak buat kerja cikgu bagi. huhu
Shahirah- hmm..cikgu harap satu hari nanti dia faham kenapa cikgu selalu tegur2 dia. Tegur tanda sayang. :)
Chong- Cantik orangnya. Suka tidur tapi kerja selalu siap.
Chia- Student yang kedua highest dalam matematik. Senyap je orangnya. Diam2 ubi berisi. :)

Inilah 24 ragam anak2 2 Bestari.
4 bulan bersama diorang,
tipulah kalau tak sayang.
Walaupun hari-hari nak kena menyinga dulu.

Untuk anak2 2 Bestari.
Cikgu doakan kalian semua berjaya.
Ingat kata-kata dalam penanda buku yang cikgu bagi.
Hanya itu kesempatan ilmu yang cikgu cuba kongsikan.
Moga ada nilai disisi-Nya walaupun hanya sedikit, walaupun hanya sementara.

InshaAllah
lain waktu kita jumpa lagi.
Sayang kalian ... segalanya lillahita'ala.

:)

-Cikgu Luqluq-





Alhamdulillah PBS pun dah selesai sebelum meninggalkan mereka. 
Terima kasih sebab beri kerjasama walaupun hari-hari terakhir asyik mengadap PBS je.
;)

Bicaraluqluq: Gigih kan cikgu analisis sorang2. 4 bulan masa yang begitu singkat untuk mengenal seseorang. Esok alkisah anak2 4 Kemanusiaan pula. ;)

www.tips-fb.com