Tuesday, January 28, 2014

Monolog Hati #1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW


"Bukan tak nak bagi peluang, cuma tidak mahu memberi harapan."
Insyirah bermonolog dalaman.
Dia memandang sepi email yang baru sahaja dia terima.
Ingin membalas tapi untuk apa?
Paling tidak hanya menambah lukanya dia.
Jawapannya masih tetap sama.
Tiada sebarang perbualan sia-sia tanpa sebarang urusan yang nyata.
Insyirah menutup akaun emailnya dan mula mencatat sesuatu di dalam buku contengan, buku yang menjadi tempat dia mencurah rasa selepas puas mengadu dengan Allah, pemilik mutlak hatinya. 

"Dear diary,
Sukar rupanya menjaga hati. Setelah bangkit dari kesilapan yang lalu, kini aku diuji lagi. Tapi kali ini aku tekad tiada lagi cinta buat insani sebelum Allah mengizinkannya ia berlaku. Berharap pada yang sementara itu sungguh sia-sia. Hanya membangkit dosa yang tak bermata. Cukup sekali Allah menegur, cemburu melihat aku melebihkan yang lain.

Ujian itu datang lagi. Bermadahkan bahasa indah, menggunakan orang tua sebagai orang tengah. Aku mengagumi keberanian mereka. Tapi kesediaanku bukan waktu ini. Prioritiku akan lari. Masih banyak perluku kejar. Bukan sibuk dengan masalah hati yang tak berkesudahan.

Semoga mereka bersungguh mengejar cinta Allah, sebagaimana mereka bersungguh untuk mendapatkan makhluk Allah." 

20 Jan 2014
8.08mlm
bilikKayangan

Insyirah menutup diarinya. Dia melepaskan keluhan kecil. Dipeluk kemas-kemas diari kesayangannya. Sambil memandang ke luar jendela, ditemani pekat malam berhiaskan bintang. Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir dari kelopak matanya bagaikan membasuh luka semalam yang masih bersisa.

"Allah... masih kasihkah kau padaku."

**********

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment