Thursday, May 15, 2014

Mereka, Pendidikku.

Ini throwback.

Sekolah rendah paling takut masuk kelas Matematik.
Tak suka hafal sifir.
Plus tak pernah jumpa lagi cikgu Matematik yang tak garang.

Teringat.
Sampai sekarang.
Tak dapat buat soalan bahagi menggunakan bentuk lazim. 
Tanya ayah,
Sampai menangis ayah ajar.
Bebalnya rasa.
Sampai rasa serik nak tanya lagi.
Di baginya latihan sampai boleh buat.
Kecut perut jugak masa tu.
Ayah pun garang.
Sampai terfikir.... memang orang ajar Matematik ni bekeng ke? 

Teringat.
Kenakalan zaman ramaja, zaman jadi budak hostel.
Ponteng prep tu selalu..
Paling haru...
curi-curi tengok cerita korea "Stairway to heaven" time prep,
kena tangkap dengan umi, isteri warden.
Malam tu kena sebut nama berjemaah kat surau depan semua orang.
Haisy... 

Sabarnya guruku..
Lagi2 cikgu sejarah..
Baca surat khabar cina bak kata beliau
Magnet mata sangatlah kuat..
Entah apa yang badi sangat..
-_-


16 Mei Hari Guru.
Tak pernah lupa walaupun sesaat.
Mereka yang menjadi asbab aku di puncak sekarang ini.
Mak, ayah,
 guru mengaji, guru memandu, guru komputer,
guru-guru Tadika Kemas, 
guru-guru Sk Dato' Hashim 2
ustaz ustazah Qira'ati Al-Hidayah
guru-guru SKP SEDC
guru-guru SMK Bandar Penawar
guru-guru SMK Taman Sri Saujana
Warden Asrama Penawar
ustaz ustazah SA Sri Kenanga
ustaz ustazah SA Bandar Penawar
pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang
pensyarah-pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kakak-kakak Naqibah
Sahabat-sahabat bakal guru
&
sewaktu dengannya.

SELAMAT HARI GURU.

Semoga hidup kalian,
Dilimpahi Rahmat yang Esa,
Diberkati ilmu-ilmu yang dicurahkan
dan akan menjadi asbab pahala berterusan.

Sungguh tak terbalas jasa kalian
Walaupun sejuta kata diucapkan
Lewat bicara mahupun tulisan.
Moga kita semua dalam jagaan Tuhan.

Allah yang membenarkan semua ini.
Allah yang mengatur cantik jalan ini.
Ku pulangkan kembali pada Pencipta.
Moga dibalas dengan sebaik-baik pembalasan.

Tidak dilupakan kecintaanku
Rasulullah SAW
Pendidik unggul sepanjang zaman




bicaraluqluq: Semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan yang tidak sia-sia.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment