Friday, May 9, 2014

Ukhwah itu teruji.


Sahabat kerana Allah
Ukhwah till jannah.

Ungkapan-ungkapan manis 
Pengikat hati.

Kini bila ia diuji
Dimana pergi hilangnya ungkapan itu?
Hanya pahit di rasai
Dek kata-kata penikam kalbu.

Berdosanya aku
Hanya membiarkan penyakit itu membarah
Egonya aku
Berpaling tanpa mengendah
Cuba...
Cuba untuk berlapang dada..

Seorang sahabat berpesan. 

"Sahabat yang baik itu adalah sahabat yang menenangkan. Jika ada sahabat yang mengadu sakit hatinya terhadap sahabat yang lain, jangan ditambah lagi api tapi cubalah jadi penyejuk supaya terikat kembali hati-hati. Belajarlah buang penyakit hati jauh-jauh. Bersangka baiklah dengan setiap kata-kata. Diamlah jika ianya berbicara tajam. Jangan dibalas kerana api tidak akan padam dengan api. Rendahkan egomu, belajar untuk meminta maaf dan memaafkan. Anggap sahaja itu memang salahmu. Boleh jadi memang salahmu. Tidak mengapa... asalkan tiada hati yang terguris. Tidak cukup berhubungan baik dengan Allah tetapi hubungan dengan manusia kau gagal. Cuba... cuba... Anggaplah ini salah satu cara Allah menguatkanmu."

Ungkapan ku dulu bukan palsu
Ianya benar
Dek kerana satu kesalahan
Ianya membarah..
Maafkan aku, sahabat.
Semoga Allah menjagamu.
Kau sahabat yang terbaik. 
Aku yang memincangkannya.

Maaf..
:')

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment