Tuesday, June 3, 2014

Sanah Helwah I.M ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Sanah Helwah Roommate!
Roommate Sem 3
Roommate Sem 4
Roommate Sem 5
Roommate Sem 6
Roommate Sem 8

Sem 3,4,5,6 dan 8
dengan orang yang sama.
Cik Izzaidah Mohtadi.
Kalau boleh praktikal haritu pun nak sekali kan.

Izzaidah, 
This entry for you.
^_^

Maaf dah tak macam dulu.
Dulu banyak masa yang kita ada 
buat aktiviti sama-sama

Sekarang 
Awak selalu balik
Saya pula time hujung minggu selalu takde dalam bilik.
dan sedikit sebanyak merenggangkan sikit hubungan baik kita.
HAHA. Macam skema lak ayat aku. 
Perasan tak semua tu?
Mestilah perasan kan.
Entry dalam blog awak menjawab segalanya..hihi.
Saje buat2 tak tahu, buat2 tak perasan.
Bukan sebab tak amik kisah.
Tetapi itu lebih baik daripada mengeruhkan lagi keadaan.
Masing2 sensitifnya boleh tahan.hee..
but, thanks sebab berjaya bertahan dengan saya sampai kesaat-saat akhir ini.
Walaupun pergi jalan pun dah tak ajak saya kan sekarang.
Plan kekonon nak jalan2 cari pelangi, pantai segala bagai hanya tinggal harapan je.
hihihi..but it's okay.. kena praktikkan buang penyakit hati jauh-jauh..
Husnudzon..InshaAllah..tenang hidup. :)

Happy 23rd Izzaidah!
Saya doakan.
Semoga panjang umur
Murah rezeki
diberikan kejayaan dunia dan akhirat
diberkati sepanjang usia
dirahmati sepanjang kaki melangkah
dan 
semoga menjadi anak yang baik
Adik dan kakak yang prihatin
bakal isteri yang solehah
bakal ibu yang mithali
dan sahabat yang sentiasa mendoakan.

Ini kali terakhir sambut birthday as a 'anak dara' right?
Next year sambut dengan baby pulak.kih3.

Tiada apa yang mampu diberi,
Saya akui
saya bukan sahabat yang boleh belanja secret recipe mahupun kfc
bukan juga sahabat yang boleh buat awak ketawa tak kering gusi
bukan juga sahabat yang boleh bawa awak jalan kesana-kemari.
Saya cuma ada Allah....
yang menjadi saksi....
dalam setiap doa dan didalam hati.
InshaAllah ada segaris nama yang diingati.
Awak,
Izzaidah Mohtadi. 
Semoga Allah merahmati awak, jeda. 

Pesanan untuk awak dan ingatan juga buat saya.
Dalam bersahabat banyak perkara kita belajar.
Sahabat yang terbaik tidak semestinya sahabat yang sentiasa ada di sisi menemani.
Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang boleh menerima baik buruk,
menjaga aib sahabat, tegur andai terleka, tidak mengungkit dibelakang, meminta maaf jika ada salah, memaafkan jika diminta, menyokong tika lemah,
dan mendoakan tika kuat.
Abaikan anasir-anasir luar. Itu semua toxic. ;)

dan terima kasih atas semua itu.

IloveyouFillah.

ini ada video khas untuk awak.
Semoga menjadi kenangan terindah buat kita. 

;)


bicaraluqluq: Nak hadiah balik TM cepat2! ^___^

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment