Tuesday, April 22, 2014

S.P.A.C.E


Bismillahirrahmanirrahim

Dulu pernah berangan..
konon-konon nak jadi penulis

bila sedih, marah, geram dan pelbagai emosi menggila
ambil kertas dengan pen conteng sana sini
sampai basah kertas dek air mata
sensitip la sangat budak ni.

Kenapa gila menulis?
sebab diri ini bukan dilahirkan petah berbicara
meluahkan rasa yang tersekat-sekat
entah orang boleh terima ataupun tak
dengan tulisan orang lain baca mengikut tafsiran sendiri
dari hati moga sampai juga kepada hati

SPACE
Idea dari seorang sahabat yang hebat
kerana dialah aku kuat
bangkit kembali dengan semangat yang baru
dia jualah yang menarik aku 
bila aku buntu tak tahu jalan mana aku nak tuju

3 penulis biasa-biasa
dengan semangat luar biasa
impian bukan hanya untuk diangan-angankan
mengorak langkah walaupun tanpa sokongan
bukan jugak untuk cari makan
tapi tinggalan tulisan untuk menggapai redha Tuhan

Besar dan tinggi harapan
Moga ada tulisan yang dapat menarik hati-hati untuk kembali kepada fitrah
walaupun hanya satu ayat
Moga menjadi saham buat kami
hamba yang tak punya apa-apa.

Kita semua layak kesyurga.
Usaha! Fighting!


10:41PM
LegolandOmey! 

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment