Monday, April 14, 2014

Monolog Hati #6


"Aku cuma asbab dan pembuka jalan je, selebihnya terpulang pada kau."

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Taufiqah. 
Kata-kata yang suatu ketika dahulu berkali-kali diucap, namun hati masih keras membeku.
Entah apa yang ditakuti. Bermacam-macam alasan dicipta.
Tetapi kini Insyirah nekad. Bulat kata hatinya. Diikutkan sahaja langkah kaki dan gerakan hati.

dan 

Kini Insyirah benar-benar sudah berada dalam kalangan mereka.
Kalangan mereka yang hebat.
Ye...mereka bukan sahabat biasa-biasa.
Malu melihat diri sendiri..
yang masa sudah banyak terbuang.

Insyirah berkali-kali menyatakan kekesalan terhadap dirinya yang banyak beralasan.
Namun, Insyirah tahu...perancangan Allah jualah yang Maha Hebat. 
DIA Maha tahu bila masanya saat yang tepat.

Banyak sebenarnya yang bermain-main di fikiran Insyirah.
Tahun akhir pengajiannya membuatkan Insyirah benar-benar tersentak.
Dengan bermacam-macam ujian yang menimpa, Insyirah banyak bermuhasabah.
Sia-sianya waktunya selama ini...
Masih ada sesuatu yang Insyirah inginkan sebelum dia keluar membawa segulung kertas akademik buat kedua ibu bapanya...
Takkan hanya segulung ijazah.....

"Hanya itukah nilai waktu yang aku habiskan untuk kehidupan ini??"
Bisik hati Insyirah.

Allah jualah yang Maha Mendengar dan Maha mengetahui..
Kini.... Insyirah meneruskan langkah.. 
walaupun jauh ketinggalan, Insyirah yakin masih ada yang menanti di hujung sana.
Menghulurkan tangan di saat hampir jatuh.
Memapah disaat hampir tersungkur.

Insyirah mencapai diari. Tangannya pantas mencoret sesuatu...

" Cukuplah aku tertipu selama ini. Masa yang berlalu takkan berulang. Saat sekarang cukup beerti. Bersama mereka yang mengajarkan aku erti kehidupan sebenar. Berehat hanya di syurga abadi. YaAllah, tetapkanlah hatiku di jalanMU." 

********

www.tips-fb.com

2 comments: