Saturday, March 22, 2014

Monolog Hati #5




"Uit, jauhnya termenung." Sapa Nisa'.
"Err..jomlah, kita nak pergi mana ni?"
"Kita ikut jelah kata hati. Kata nak cari pelangi kan?"

Insyirah rasa mahu pecah apa yang terbuku dalam hatinya. 
Dah lama dia simpan.
Dah lama dia pendam.
Entah kenapa, ditunjukkan dengan kejadian tadi. 
Macam-macam persoalan berlegar-legar dalam ruang fikiran.
Hikmah apakah yang Allah mahu tunjukkan.

Terbayang-bayang lagi apa yang dia lihat tadi.
Bukan sengaja dia terpandang mesej dari fon kak Nia. 
Tapi nombor yang tertera sangat-sangat familiar.
Hanya nombor tiada nama.
Cuba memastikan.
Moga tak tersilap...

Mungkin sudah tiba masa untuk Insyirah undur diri.
Untuk apa menunggu perkara yang tidak pasti.
Difikirkan si dia menjaga, rupanya ligat berhubungan dengan yang lain.
Cukuplah sekali....
Insyirah tak mahu cari penyakit lagi.
Hati sendiri harus dijaga dan diambil peduli.

Sebenarnya....
dah lama hati insyirah tenang.
Rasa bersyukur kerana Allah masih memeliharanya.
Tiada masa untuk kecewa
Kerana dia tahu Allah dah sediakan yang terbaik buatnya
Seorang ar-rijal yang juga mungkin sedang 'menjaga'..
dan dia berdoa..
Semoga Allah berikan yang terbaik buat Kak Nia.
dan Semoga ikhwan itu berubah...

:)

Sambung Nisa' lagi..

"Kebenaran tak perlu dicari, pasti ianya akan datang sendiri. Yang penting kebergantungan kepada Ilahi."


******
Luqluq tambah:
Semoga jodohnya sekeluarga dalam lindungan Allah swt.
Semoga sidia juga sedang menjaga.
Walaupun tak tahu siapa.
Insyirah deserved better right?
;)
Chaiyok, Ira!! 

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment