Keputusan SPM sudah selamat diumumkan. Pasti ada yang
membawa khabar gembira berupa hadiah buat ibu bapa. Tak lupa juga mungkin membawa
segaris kekecewaan tatkala gagal menggembirakan hati-hati orang tersayang. Lalu
rebah tak tahu mana rasa itu ingin dibawa. Risau dikutuk, diperli, dibanding-bandingkan
dan akhirnya motivasi jatuh bagaikan tiada lagi hari esok.
Perjalanan hidup ini berwarna-warni. Allah suka bagi surprise.
Kalau kita yakin pada DIA, kalau kita percaya pada kekuasaan-NYA, perasaan
kecewa itu mungkin boleh terubat walaupun sedikit. Gagal urusan dunia mungkin boleh diubah
takdirnya, itupun jika ada usaha dan tiada putus asa. Namun, jika gagal
mengurus kehidupan dunia sehingga membawa kerugian untuk kehidupan akhirat,
itu baru kekecewaan berat.
Tahniah pada kedua-dua adik kembarku, arsyad dan asyraf.
Kalian dah buktikan kalian mampu jadi lebih baik. Namun, ingat.. sentiasalah
merendah diri. Keputusan itu hanya bonus daripada usaha yang kalian lakukan.
Rezeki kurniaan Allah ini harus disyukuri bukan untuk dibangga-bangga. Seiring dengan itu, perbaikilah amal soleh.
Semoga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Rezeki ini mungkin berbungkus
dengan ujian. Jauh lagi perjalanan…..
semoga tidak tersalah pilihan. J
Bagi yang gagal. Itu bukan penamat. Belajarlah daripada orang-orang hebat. Kebanyakan mereka tiada apa-apa, malah gagal berkali-kali tapi dek tiada putus asa, mereka lagi hebat daripada mereka yang sudah dibentang dengan kejayaan. Allah ada.... DIA tak kata, tak berjaya dapat flying colours dalam SPM bermakna gagal sampai bila-bila. Mungkin Allah hold dulu kejayaan tu, untuk kita lebih muhasabah diri...untuk apa tujuan kita kat dunia ni. Adakah semata-semata untuk sekeping sijil SPM?
Senyum ye. Harapan masih tetap ada. :)
Untuk ibu bapa dan juga keluarga.. usah ditunjuk riak kecewa.. tapi tunjuklah bahawa kalian orang yang tetap utuh disamping mereka.. Positif dalam apa jua situasi dan keadaan.. itu baru super duper awesome parents. ^_^
Wallahu'alam..
bicaraluqluq: Tiada apa yang lebih membanggakan menjadi kakak sulung bila tengok adik2nya berjaya. Semoga Allah jaga. :)
No comments:
Post a Comment