Wednesday, March 19, 2014

Andai dapat ku undur waktu.


Renungan...
jauh melayang
memikirkan andai waktu itu boleh kembali ke belakang

haha
masa tidak pernah akan dapat undur balik
kesilapan lalu kenapa kau tak jadikan pelajaran?
mengapa mesti nak berandai-andai lagi!

Memilih dipilih terpilih
corak jalan cerita kau sendiri karang
eh tak.
Allah yang bagi kau pilihan.
kau yang pilih.
antara hitam dan putih

Sama jugak dengan siapa kau kenal
dengan siapa kau berkawan
dan dengan siapa kau bakal berteman

Usah pandang belakang!
Usah berandai berkalau!
Usah bermimpi itu ini.
Yang penting masa sekarang.
untuk kau tentukan masa depan.

Cerita semalam sila padam
Ehhh bukan...
yang baik kau simpan
yang buruk kau jadikan teladan.
oke klise kan??

Kadang-kadang mengundang ketawa dalam sakit.
ketawa dengan kebodohan sendiri
jatuh ditempat yang sama berulang kali
tapi tak pernah nak serik.

Andai dapat kuundur waktu
Ingin sahaja aku bertahan
daripada tertipu dengan drama 
ayat bunga-bunga
harapan itu ini
tapi sebenarnya sebuah perangkap untuk puaskan kepentingan sendiri

haaa tengok
berandai lagi!

_luqluq
200313
0329AM

bicaraluqluq: Kebenaran itu disimpan kerana aku tidak faham. Bila aku sudah faham mulalah kau diam. Bukan itu susuk tubuh 'pimpinan' yang diperlu. kerana aku sudah mula kenal siapa sebenarnya kamu.  :)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment