Friday, May 2, 2014

Sang Pencerah sambil bertesis.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Yosh! dah nak minggu 11.
minggu-minggu kritikal.
minggu-minggu lelah.
Thesissssssssss~ 
tak siap lagi...
tapi assignment lain makin beranak pinak.

Dalam kesibukan
masih sempat lagi tengok movie.
ahaks!
tenang bukan?
=_=


"SANG PENCERAH"
Movie Indonesia yang membangun jiwa.
Sumpah best.. *depends jugak pada orang. 
Banyak kata-kata yang berhikmah.
Banyak nilai-nilai yang boleh dilihat dalam movie ni.
Dapat juga dilihat akhlak-akhlak Rasulullah yang dibawakan oleh watak utama.
Terdapat juga watak si isteri yang mempunyai sifat seperti Saidatina Khadijah.
Sangat-sangat terinspirasi.
:)

Ini antara dialog-dialog yang sempat di semat dalam buku kecilku.

"Kebenaran hanya milik ALLAH, kita cuma sebatas pengikhtiar."

"Kita boleh punya prinsip tetapi jangan terlalu fanatik."

"Hidup ini singkat dan hanya satu kali, manfaat bukan hanya untuk kepentingan sendiri. Allah beserta orang-orang yang peduli. InshaAllah ini akan diredhai."

Ada dialog antara guru dan pelajar yang sangat buat diri ini berfikir dimana si murid menegur gurunya kerana gurunya asyik membahaskan surah yang sama iaitu surah Al-Ma'un yang mengisahkan mengenai orang miskin dan anak yatim sedangkan dalam al-quran mempunyai 114 surah kesemuanya. Dan gurunya menjawab dengan pertanyaan juga,

 "Sudah berapa banyak anak yatim dan orang miskin yang kamu santuni?".

Anak muridnya tertunduk diam. Gurunya menyambung, 

"Buat apa kita mengaji banyak-banyak surah tetapi hanya untuk dihafal?"

Ada kebenarannya juga. Kita terlalu banyak sangat teori, tahu... faham....tetapi masih kontang dengan amal. Allahu Akhbar....

Nak tahu lebih kena tonton sendiri. Nak lagha biarlah lagha yang berfaedah. eh?? 
^_^v

Konklusi daripada movie ini ku akhiri dengan sepotong ayat:

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Bicaraluqluq: Sangat di syorkan kepada mereka yang merasakan diri mereka sahaja yang betul.  :) . " Semua manusia mempunyai hak untuk menjadi yang benar kerana hakikatnya kebenaran cuma milik Allah". Wallahua'lam...


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment