Monday, December 24, 2012

Nasi Ambeng Ukhuwah.. osem!! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah
Hari ini, terlaksana sudah aktiviti bersama mereka.
Dalam keserabutan memikirkan final tak lama lagi
ditambahkan lagi dengan kesedihan tak balik kampung
Alhamdulillah
Allah masih beri kesempatan masa untuk lakukan aktiviti masak memasak bersama.
:)

dan Alhamdulillah,
untuk mengubat rindu pada kampung masing-masing
maka wujudlah
.
.
.
.
.
.
.
.
NASI AMBENG UKHUWAH OSEM!


Firstly, rasa macam tak percaya boleh buat.
sebab banyak benda nak kena sediakan.
Tapi, disebabkan rasa nak makan tu melebihi segalanya.
Maka, dengan gigihnya kami siapkan.
dan yang specialnya,
makan dalam talam.
Allah..
Nikmat rasa makan bersama dalam satu talam.
:)

Kalau kita tengok,
dalam nasi ambeng banyak lauk.
ada ayam masak kicap
ada serunding kelapa
ada maggi goreng( sepatutnya mee goreng)
ada sambal goreng jawa
ada urap pucuk ubi
dan ikan kering bulu ayam.
Disatukan... maka jadilah nasi ambeng.

Begitu juga dengan ukhwah,
bermacam macam ragam ada
tapi bila bersatu itulah yang melengkapi sebuah persahabatan.

Terima kasih 
Lina Hamizah 
Nurul Shamiera
Wan Nor Liana
dan 
Nurul Shafinaz (xde hari ni)

untuk hari ini
sebelum-belumnya
Jasa kalian takkan dilupakan dalam beri tunjuk ajar dari pelbagai segi
dan semoga ukhwah kita kekal hingga syurgaNya.

Good Luck untuk Final Exam.
Ukhwah fillah abadan abada.

Wallahua'lam.

credit to JMK: kami pinjam talam sekejap. hee (^_^)v

bicaraluqluq: '' Suapan pertama untuk sahabat''. :) Rindu nak makan setalam ramai2 dengan keluarga kat kampung.. dengan keluarga JMK (simbiosis) .. :')


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment