Wednesday, December 26, 2012

Hakikatnya, hanya insan hina.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sejak kebelakangan ni. selalu dapat mesej dari sahabat2, unknown person yang hantar mesej lewat inbox di fb. Alhamdulillah, blog yang saya kira dipandang sepi, tanpa mengharap follower beribu-ribu rupanya memberi kesan kepada mereka yang membaca. Jujurnya, tulisan dalam blog ini hanya sekadar coretan peribadi yang kebanyakan memang lahir dari hati yang sering alpa dan tak lari dari membuat silap. 

Saya bina blog bukan untuk popular, bukan untuk membina market yang tinggi, bukan untuk menjana kewangan dan bukan juga untuk mengumpul follower yang ramai. Cukuplah, jika ada yang sudi membaca walaupun hanya meninggalkan jejak sebagai 'silent reader'. Niat hanya untuk berkongsi, jika memang ianya membawa kebaikan..syukur Alhamdulillah..

Terharu bila ada sahabat yang mengikuti blog ini dan menyatakan hasrat untuk berubah. Tidak menyangka tulisan sepi ini memberi kesan kepada mereka yang lunak hatinya. Ketahuilah, hakikatnya hidayah itu Allah beri dalam pelbagai cara. Penghijrahan diri ini juga bukan mudah. Bukan mudah untuk memahamkan orang-orang disekeliling. Terkadang seperti ditertawakan, diperli, ditempelak, bahkan ada yang memandang serong. Namun, Allah tidak pernah memandang asing pada mereka yang ingin berubah. Bahkan makin banyak pertolongan yang DIA berikan tanpa sedar. 

Terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjejakkan kaki dalam blog yang tidak banyak memberikan apa-apa perkara yang bermanfaat. Ianya hanya coretan hati yang tak mampu diterjemahkan dengan kata-kata lisan. Alhamdulillah kepada sahabat-sahabat yang ingin berubah kearah kebaikan, bersungguh ingin mengenali cinta Allah. Namun, jangan menyangka coretan didalam ini menandakan hanya kebaikan sahaja dalam diri si penulis. Hakikatnya, Allah menyembunyikan aib hambaNya. Kerana anak adam itu tiada yang sempurna, sering melakukan kesilapan, tidak lari dari berbuat dosa. Tetapi, itu bukan menghalang untuk kita menjadi yang terbaik dimataNya.

Kepada mereka yang sudah berniat untuk berubah, teruskan niat kalian kerana kita tidak tahu bila ajal kita tiba. Jangan khuatir dengan penilaian manusia, kerana penilaian mereka itu hanya sebatas cuma. Khuatirlah jika kita tiada apa-apa nilai dihadapan Allah kelak. Step by step, jangan terlalu drastik, moga tertanam kukuh dalam jiwa, bukan hanya sekadar lintasan yang tak terkesan. Carilah sahabat yang boleh membawa kita mengenal Allah. Jika tiada, Allah sentiasa ada. Kita tak pernah bersendirian. :)

Berbuat kebaikan, bukan hendak menayang diri mengatakan kita adalah orang baik, tapi kita sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik dihadapanNya. Moga Allah lindungi kita dari penyakit hati, sifat takbur, riak, bangga diri, dengki dan iri hati. Doakan kita sama-sama istiqamah.

Allah is always by our side.
Wallahu'alam.


"Jangan kau sangka labuh tudungnya,begitu jugalah labuh ilmunya. Hakikatnya, mereka juga seperti kalian, bezanya mereka belajar untuk menjadi semakin baik dimata PENCIPTAnya"

Bicaraluqluq: Dakwah itu pelbagai cara. Let's be a better muslimah! :D

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment