Saturday, December 22, 2012

Happy 24th Anniversary !! :')

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, dilapangkan sedikit masa untuk menaip special entry to my special persons that i love love love very very very muchhhhh...(nah kau, fail BI),,hee :D

Alkisah, 24 tahun yang lepas termeterailah ikatan sah antara sepasang suami isteri yang sama cantik sama padan. 22 Disember 1988 adalah tarikh istimewa bagi pasangan serasi tersebut. dannnn semalam 22 Disember 2012,maka genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 24 tahun. Alhamdulillah, kekal harmoni sehingga kini disamping anak-anak mereka yang omey2..3 perempuan 3 lelaki..ehem..

Siapakah pasangan tersebut?? jeng jeng jeng,...... (yang penting bukan cik luqluq ye... hee :D ) meh2 kita usha sape.. 
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaa~

mereka adalah cinta hati ambe! ^_^
Tahniah En. Azman dan Puan Rosziah atas rumah tangga yang dibina dengan penuh limpahan kasih sayang.
Semoga mak ayah,
hidup bahagia,harmoni, penuh kasih sayang dan cinta, 
menjadi sepasang suami isteri yang dilimpahi kasih sayang dariNya, 
dan kekal hingga ke syurga..
semoga kita dapat berkumpul sekali lagi di SANA. :)

untuk mak,
Terima kasih melahirkan kami berenam.

untuk mak ayah,
Terima kasih yang tak terhingga atas jagaan, didikan, pendidikan, kasih sayang yang diberikan sepanjang kami menumpang atas muka bumi ini.
Tiada apa yang boleh membalas jasa kalian.
Maafkan kami jika ada perbuatan yang mengguris hati kalian

alamakk...air mata bertakung..camne nih.. huhu

InshaAllah, anak-anakmu berusaha menjadi yang terbaik untuk kalian. Berusaha menjadi anak2 yang soleh dan solehah supaya doa kami layak menjadi saham akhirat kalian kelak. Doakan kami anak-anakmu berjaya dunia dan akhirat.

dengan ini kami anak-anakmu,


Intan Sakinah binti Azman
Intan Nurazlin binti Azman
Shamsul Nuradli bin Azman
Muhammad Nur Arsyad bin Azman
Muhammad Nur Asyraf bin Azman
Masalia Nuraisyah binti Azman

want to say that
WE ALL LOVE YOU!!!
:')

bicaraluqluq: Pn. Rosziah menikah umur 22 dengan En. Azman umur 26. Ehem, makkk ayahh, tahun depan akak dah 22.. HAHA .. oke2 gurau.. >.<
.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment