Thursday, March 6, 2014

Monolog hati #4

Ikon mesej berwarna merah. Itu tanda ada mesej dari seseorang.
Insyirah menekan ikon tersebut. Mesej dari kak hanani rupanya.
Mesej berupa peringatan.

"Terima kasih kak." Lantas dibalas mesej tersebut.

"Minta maaf salah silap. Masih banyak yang akak berhutang dengan Ira. Ira usrah dengan siapa sekarang?". 

Balasan kak Hanani menyentap hatinya. Allah... tersedar yang sudah lama dia terleka dengan urusan duniawi. Tugasan tahun akhirnya membuatkan Ira tiada masa dengan semua itu. 
Tapi dalam sudut hatinya yang paling dalam, dia cemburu. 
Cemburu dengan sahabatnya yang masih punya waktu dengan dunia dakwah dan tarbiyah.

Taufiqah, sahabat yang sangat Ira kagumi.
Entah kenapa, 'cemburu baik' meresap dalam diri apabila melihat Taufiqah sibuk menguruskan aktiviti dakwahnya. 
Sedangkan masa yang Allah beri itu sama.
Sedangkan dia juga sibuk dengan tugasan-tugasan tahun akhirnya.

Insyirah termenung. Hatinya menangis.

Futurkah aku?

YaAllah...saat ini aku bagaikan ingin berlari sekuat hati. Berlari mengejar susuk2 tubuh yang sudah jauh kehadapan mengejar Engkau

T__T


*******
www.tips-fb.com

1 comment: