Friday, August 16, 2013

Pesanan buat Pemuda2 Malaysia: Hangat2 Tahi Ayam dan 10 Solusi.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Dah lama tak menyenamkan jari jemari di atas keyboard. Hari Jumaat, terjumpa sehelai kertas tazkirah yang dibawa balik oleh adik usai solat jumaat tadi. Isi artikelnya sangat menarik. Berkisarkan isu yang sedang hangat, ligat dan panas diperkatakan. Sangat tertarik untuk dikopipeskan dalam blog khas untuk mereka yang hati-hatinya lunak merasakan "ya, aku harus ambil tahu!". Dengan rajinnya saya mengopipeskan segala isi artikel tersebut. :)

.............................................................

Tajuk: Pesanan buat Pemuda-pemuda Malaysia.


Jujur!
Air mata mana yang tidak tumpah!
Darah pemuda mana yang tidak bergelora!
Saat melihat satu demi satu gambar rakyat Mesir yang syahid.
Dengan otak yang terburai, dengan darah merata-rata, dengan badan yang hangus terbakar!
Arghhhhh!!! Rasa diri ini harus juga pergi ke Mesir saat ini dan berjihad!
Angkat senjata dan ????
Dan apa?
Dan.....syahid, terkorban ?
Lalu kita berazam dengan sepenuh hati sambil melaungkan kata-kata ini.

"Aku mesti pergi berjuang dan mati syahid !" Takbir !!!!

Dua tiga hari kemudian....

" Woiiii... kata nak main DOTA... Cepatlah, aku tunggu ni..."

Ha?Mana pergi semangat kita yang berkobar-kobar dulu?
Ini namanya semangat hangat--hangat tahi ayam.

REALITI!

Seringkali, semangat kita sebagai orang muda ini selalunya hangat-hangat tahi ayam. Maaf kata. Tetapi itulah realitinya. Usah dituding jari lebih jauh, lihatlah sendiri ke dalam diri kita. Sebagai seorang anak muda, saya akui pernah sampai tidak tidur malam hanya untuk menghabiskan ddokumentari tentang nasib rakyat Syria yang dibunuh oleh rejim Basyar Al-Assad. Habis basah lecture note saya buat lap air mata.

Tapi tak sampai dua tiga hari lepas tu, semangat saya mula mereda. Pelik bukan? Itu belum lagi masuk isu Palestin, rata-ratanya akan berakhir dengan tragedi yang sama. Semangat hangat-hangat tahi ayam! Sekejap semangat sekejap tidak/ Terasa sangat kecewa di situ.

Lalu, apakah solusi yang sebenar-benarnyakepada permasalahan ini?

10 nasihat Dr. Raghib Sirjani (Ahli Ikhwan di dalam bukunya Pemuda Peka Zaman). 10 nasihat ini, saya kira paling sentap buat renungan kita bersama. InshaAllah ianya adalah solusi terbaik buat kita yang menghidap penyakit hangat-hangat tahi ayam :

1) Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga!


Wahai anakku,(kata Dr Raghib Sirjani). Orang yang melakukan maksiat tidak akan mampu untuk memberikan komitmen dalam perjuangan di jalan Allah ini. Sepertimana pesan Saidina Umar Al-Khattab kepada angkatan tentera Islam, ketika mana mereka mahu berangkat ke medan perang.

'Jangan sesekali kalian berbuat maksiat, sedangkan kalian berjuang dijalan Allah"

Juga kisah yang diceritakan oleh Dr Amr Khaled didalam bukunya mengenai seorang pemuda yang datang kepada Saidina Ali lalu berkata:

'Aku khuatir bencana yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosaku, sebab aku mengetahui betul dosa-dosaku"

Aku terkejut! Aku merenung !Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat dan lenyap kerana taubat (Saidina Ali r.a)

2) Kenalilah Agamamu.


Wahai anakku,(kata Dr Raghib) bagaimana mungkin anda ingin menunjukkan komitmen terhadap Islam sedangkan anda sendiri tidak mengenalinya? Bagaimana anda akan berpegang teguh kepada sunnah, ajaran dan manhaj hidup Islam sedangkan anda tidak mengetahui asal-usulnya? Justeru jangan pernah berhenti belajar Agama!

Analogi mudah,

Belajar agama ini macam ambil nutrisi untuk hidup. Cukupkah sekadar makan nestum dari kecil sampai besar? Cukupkah zat untuk terus hidup? Begitu juga dengan belajar agama. Agak-agaknya, cukup ke ilmu agama yang kita belajar setakat kafa 1-6 itu buat bekalan kita sampai akhir hayat? Drngan cabaran yang semakin dahsyat. Ianya pasti tidak cukup.

3)Tambatkanlah hatimu dengan masjid.


Wahai anakku, sesungguhnya orang yang hatinya terpaut dan cinta akan masjid, sebenarnya ia telah berhasil membina stamina keimanannya kepada Allah. Seprti firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 18:

"Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian".

4) Jadilah pemuda yang berprestasi


Dr. Amr Khaled pernah berkata:

'Musibah terbesar umat ini, adalah bilamana pemuda hanya menganggap agama hanya ada di masjid."

Mereka sebenarnya lupa bahawa keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai contoh adalah kayu ukur untuk menilai betapa tingginya darjat sesuatu ummat itu? Selain kepakaran di dalam beberapa bidang yang lain. Katanya lagi:

"Sanggupkah engkau melihat, prestasi akademik mahasiswa nasrani (bukan Islam), mahasiswa yang menganut fahaman sekularisme, pluralisme, liberalisme lebih baik daripada dirimu?

Allah...Ampunkan dosaku ini..

5) Sambungkan tali silaturrahim.


Wahai anakku, eratkanlah kembali hubunganmu dengan ibu bapa, kaum keluarga , serta sanak saudar. Perpaduan ummat pada masa kini tidak dapat dicapai melainkan dengan bermula daripada yang asas. Iaitu institusi kekeluargaan.

6) Berhati-hatilah memilih teman.


Wahai anakku, meskipun stamina keimananmu terasa sudah mantap, tetapi jika engkau bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, hal tersebut akan mengembalikan kondisimu ke titik permulaan atau bisa terjerumus ketitik yang paling rendah. Jangan sesekali engkau berkata ;

'Saya akan menjaga diri dan saya tidak akan terpengaruh dengan mereka".

Sesekali jangan engkau katakan begitu. Kerana, sesungguhnya serupa/ diukur dengan akhlak, agama dan tabiat temannya. Adapun ada satu pesan daripada Syed Qutb, jika kita masih mahu bergaul dengan mereka (dengan tujuan untuk berdakwah), kita haruslah beruzlah.

Istilah ini dinamakan sebagai 'uzlah Syu'uriyah'. Pengertian uzlah yang dimaksudkan ialah, pengasingan  jiwa daripada turut dikotori atau dijangkiti noda-noda masyarakat jahiliyah dengan:

a) Menjadi seorang yang punya qudwah.
b) Menunjukkan akhlak yang baik 
c) Terus merasai ketinggian iman.

Uzlah yang dimaksudkan juga adalah perbezaan.

a) Perbezaan antara golongan yang beriman dan kufur
b) Perbezaam dari sudut pemikiran dan pandangan
c) Perbezaan dari sudut akhlak dan perlakuan

7) Peduli terhadap realiti yang menimpa umat Islam.


Wahai anakku, amatlah mustail untuk anda mengubah nasib umat ini, melainkan anda mengetahui dengan sebenar-benarnya masalah yang berlaku terhadap umat ini.

Maka, disiplinkan dirimu pada setiap hari untu ;

-Membaca berita-berita dunia. (Subscribe, Al-Jazeera, Press tv, CNN, BBC, di phone atau gadget canggih masing-masing)

-Membaca situasi politik, terutamanya di negara timur tengah dan negara umat Islam keseluruhannya (melazimi untuk membaca majalah times, atau melayari web-web seperti Al-Jazeera dan membaca jurnal-jurnal antarabangsa)

-Mengambil tahu perkembangan ekonomi dunia

Ingatlah, tarbiyah kita adalah tarbiyah pejuang! Bukan tarbiyah manja-manja! Bukan tarbiyah buih sabun! Justeru, hanya dengan mengetahui dengan benar kondisi sebenar umat Islam, barulah keperibadian muslim yang sempurna akan terbentuk agar umat ini dapat berdiri dengan kukuh dan kuat!

8) Jadilah seorang olahragawan!


Wahai anakku, badanmu harus sihat, cergas dan kuat! Pukulan keras yang dilakukan oleh Muadz bin Amr r.a kepada Abu Jahal hanya mampu dilakukan oleh olahragawan sejati !

Maka, pilihlah aktiviti sukan yang bermanfaat. Yang benar-benar memberi manfaat buat dirimu dan ummat mu! Seperti (karate, silat, taekwando, dan sebagainya). Sukan yang menguji kekuatan seperti angkat berat dan menunggang kuda. Sukan yang menguji stamina seperti futsal, bola sepak , badminton dan sebagainya.

Tetapi ingat! Jangan sampai dirimu leka dan lali dengannya sehingga menghabiskan waktumu untuk ummat!

9) Ajaklah orang lain!


"Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?' (Fushilat:33)

Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah!

Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air, beruhkwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat kita aplikasikan dalam dunia sebenar! Dunia realiti! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita sahaja. Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya kita  berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh. perhalusi setiap isu lebih dalam! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga. 

Jangan jadi orang yang syok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut isu umat Islam? ha.... terlopong.. isu Rohingya? Kaum gasar apa tu bro? Isu kristianisasi? kau biar betul? Sekularisme? Liberalisme? Ha? Lagi aku tak tahu? 

Usrah macam ni , namanya usrah di bawah tempurung!

10) Uruskanlah waktumu dengan baik!


Akhir sekali, renungi dua pesan Imam Ghazali ini yang ditujukan khas buat pemuda.

"Kehidupan ini cuma tiga detik ; sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi, sesaat yang sedang dilalui ini manfaatkan sebaiknya dan sesaat yang akan tiba pasti kita temui"

dan

"Wahai pemuda, gunakanlah waktu lapangmu dengan sebaiknya kerana, pengangguran adalah penyakit dan kesibukan itulah ubatnya. Seperti air yang diam menghanyutkan, menenggelamkan, mematikan, menjadi sarang nyamuk, membusuk, memburuk dan menimbulkan penyakit. Sesiapapun orangnya, selama dia menganggur di rumahnya, dia tidak akan pernah terlepas dari kemungkaran."

kredit: Surau Nuurulyaqiin, Taman Sri Saujana.


.................................................................

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan. Tahniah kepada yang berjaya baca sampai habis. Anda memang seorang yang sangat cakna! ^_^. 

bicaraluqluq: Jadilah individu yang bukan hanya sekadar hebat di alam maya, moga hebat juga dengan doa buat saudara kita di sana. Mereka yang bertuah. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment