Tuesday, August 27, 2013

Hidup dalam Kenangan. Segar dalam Ingatan. :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

20 Ogos 2013.
Maghrib.
Terasa rindu sangat dengan family.
Air mata tak tertahan. Akhirnya tumpah. Rasa macam tak sedap hati.
Telefon mak.
" Assalamualaikum. Mak tengah buat apa?"
"Wa'alaikumsalam. Mak ada marhaban. Kenapa?"
" Saje..rindu.. hee" (Air mata mengalir)
" Ceh..telefonlah nenek. Tanya sal atok"
''Hmm..oke.Nanti kirim salam yang lain. Assalamualaikum"
"InshaAllah.. Wa'alaikumsalam"

Terus cari no telefon umah atok.
Tak dapat.
Dial no fon atok. Alhamdulillah pakteh angkat. 
Berbual dengan nenek.

"Assalamualaikum nek. Nenek apa khabar? Sihat?"
"Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah sihat."
" Alhamdulillah. Atok macam mana nek?"
" Hmm.. macam tu jugak kak.. Ni ada kat depan tv."
*berbual*
"Okelah nek, nanti kirim salam kat atok ye. Assalamualaikum."
"inshaAllah. Wa'alaikumsalam."
Suara nenek. Sayu.

Tak lama lepas tu.
Tertera nama mak kat fon.

" Assalamualaikum kak."
"Wa'alaikumsalam"
"Kak, atok dah takde. Ni mak otw ke rumah atok"
" Innalillah...."
*Speechless*
Tak sangka.
Rasa itu petanda insan tersayang akan pergi.
Rasa terkilan kerana beliau pergi sebelum salamku bersambut.
Tangisan bersambung lagi.
Ambil wudhu', yasin..
Itu je mampu aku lakukan.

Benar-benar terasa kehilangan.

Bila mengenangkan beliaulah antara insan yang sentiasa memberi sokongan.
Bila mengenangkan beliaulah antara insan yang bersemangat menghantar aku ke matrik walaupun jarak perjalanan jauh. Beliau sanggup.
Bila mengenangkan beliaulah antara insan yang berkongsi kegembiraan yang cucunya bakal menjadi seorang guru. 
Bila mengenangkan setiap kali berbual dengan beliau, pertanyaan wajib. " Kakak, bila habis belajar?"

Teringat perbualan di hospital.

" Intan, lama lagi ke nak habis?"
" Ada setahun lagi tok. Ni minggu depan dah mula praktikal kat melaka."
" Oh, tahun depan lah konvo."
" A'ah. InshaAllah. Atok sihat lah cepat. Nanti boleh tengok intan konvo."
" Eh atok dah sihatlah ni.Nampak ni kuat."

Sekarang.
Semuanya dalam kenangan.
Atok yang ku sayang.
Tenanglah dikau disana,
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Aamin..

Al-Fatihah.


Senyuman di pagi syawal. Syawal yang terakhir bersama.


bicaraluqluq: Giliran kita masih menjadi rahsia.

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment