Saturday, July 20, 2013

Assalamualaikum Cikgu! :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah
15 Julai 2013 selamat melapor diri sebagai seorang guru pelatih di SMK Durian Daun.
Berbekalkan ilmu yang sangat sedikit, digagahi juga langkah kaki.
Bernawaitu kan kerana Allah, semoga segalanya dipermudahkan dari awal sehingga tamat latihan mengajar pada 8 November.

Jadual kelas sudah tersedia. Pada mulanya diamanatkan untuk mengajar 5 masa Matematik Tingkatan 2 dan 6 masa Sains Tingkatan 4. Namun, alhamdulillah GPK 1 sangat memahami yang kami tiada kemahiran untuk mengajar sains. Mungkin kerana kesalahfahaman tentang nama kursus yang diambil iaitu Sains(Matematik) tapi setelah di jelaskan, alhamdulillah kelas Sains digantikan dengan kelas Matematik Tingkatan 4. Bukan menolak cabaran yang diberi, namun tahu keterbatasan diri. Pelajar bukan bahan untuk diuji kaji. :)

Hari pertama sudah diminta untuk terus mengajar. Cabaran bermula apabila telah diamanatkan mengajar kelas yang berstatus sederhana. Semua sedia maklum apakah yang bakal berlaku. Kenakalan mereka tidak merencatkan segala semangat yang telah dipasakkan. First impressions memainkan peranan. Aura ketegasan dipamerkan. Alhamdulillah bagaikan segalanya dipermudahkan... 

Seminggu berlalu, sudah banyak kenangan terlakar...
Soalan yang hampir sama di tanya..
dan dialog yang sama juga apabila pertama kali masuk ke kelas terutama time relief kelas.
Dialog2 paling famous de amor:

"Cikgu ni cikgu math ke ustazah agama?"
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Tudung cikgu labuh macam ustazah."
........................
"Cikgu dah kahwin?"
"Agak?"
"Mesti dah kan, tu pakai cincin.. tak pun dah tunang"
.........................

Teknik Nabi Muhammad SAW banyak membantu untuk berhadapan dengan pelajar yang kurang motivasi belajar. Pembacaan dari blog ustazah Siti Khadijah banyak membantu. Alhamdulillah, kali ketiga masuk kelas tingkatan dua sudah ada perubahan dalam diri mereka. Walaupun matematik adalah satu subjek yang sukar bagi mereka, tapi sudah nampak kesungguhan mereka untuk belajar.Walaupun salah, pujian harus diberikan. Semoga keadaan ini semakin baik dari semasa ke semasa dan berkekalan hingga tamat latihan. Untuk pelajar tingkatan 4 berlainan pula caranya. Hanya sempat 2 kali masuk kekelas mereka dan terpaksa rushing untuk habiskan 2 bab iaitu tajuk kebarangkalian dan bulatan. Rushing sebab minggu depan mereka dah mula ujian. Jadi masa untuk menyesuaikan diri sangat terbatas.

Kini tahulah hakikat sebenar bergelar seorang pendidik. Bukan mudah untuk mendidik. Guru engineer manusia. Silap cara punah segalanya. Semoga diri ini kuat untuk menghadapi hari-hari seterusnya. 

Betulkan niat, inshaAllah Allah bantu. Benarlah, segalanya dipermudahkan. Guru pembimbing yang baik, Pn. Norazah, kawan-kawan sepraktikum iaitu Lina, Roni, Mike, Muhammad, dan Fuad yang sentiasa menceriakan hari-hari yang kadangkala mendung dan pelajar-pelajar yang mendidik diri untuk lebih matang dalam menangani emosi. 

Inilah kehidupan. Sentiasa memberi cabaran yang berlainan bagi setiap orang. Bukan kerana pilihan tapi disinilah tertulisnya langkah kaki. Moga sentiasa dalam redha Ilahi. 

diari seorang guru pelatih


bicaraluqluq: kerjaya ini mematangkan diriku. Moga setiap butir bicara ada nilai disisiNYA. 



www.tips-fb.com

4 comments:

  1. dh jd Cikgu Intan skrg.
    Selamat Pagi Cikgu !
    hehe.
    tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blum officially lg.
      blaja pun blum habis..hee
      papepun mekasih.
      :)

      Delete