Sunday, March 10, 2013

Tika Bidadari Berbisik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW


Tika Bidadari Berbisik.
Antara buku yang dibeli dengan menggunakan BB1M.
The awesome motivation book!
Antara kandungan menarik dalam buku ni

* Bagaimana cantik seorang wanita
* Jadilah bidadari dunia paling bahagia
* Pesanan buat seorang suri dan single
*Single atau berkahwin, kita sama sahaja
*Muhasabah diri jalan meraih cinta abadi
*Miss single yang bertuah
*Utusan buat seorang suri
*Kisah empat air mata bidadari
*Pesanan Rasulullah SAW kepada wanita
* Jawapan Allah SWT di setiap persoalan kita

Best2 kan kandungan dia? :)

Buku yang banyak memberi input bagaimana menjadi seorang bidadari dunia yang kuat menghadapi ujian dengan meletakkan keyakinan penuh kepada Allah SWT.

Antara kata-kata yang dijadikan sebagai penguat diri:

" Lihatlah... dunia wanita itu banyak pancarobanya. Biar ditebak dengan badai ujian namun mereka tetap utuh untuk terus hidup tanpa kecewa. Mengalah tidak sekali! Bengunlah wahai semua wanita yang sedang kecewa kerana ada lagi insan yang lebih tinggi rasa kecewanya. Buanglah jauh-jauh rasa itu kerana engkau tidak seorang.

Ya....ALLAH ada untukmu...mengadulah kepada-Nya.."

Benarlah, pengalaman itu mengajar banyak perkara. Wanita itu halus jiwanya. Namun, itu bukan satu tanda wanita itu lemah. Wanita bangkit dengan caranya sendiri. 

Kalau dulu tangisan pengubat lara, rasa separuh jiwanya sudah pergi. Menangisi siang dan malam. Namun kini, aku lihat kekuatan itu hadir dengan bertemankan rasa bertuhan. Kekecewaan diubati dengan al-quran ditangan menenangkan perasaan. Tiada lagi tangisan kecuali hanya dalam sujud mengadu kepada tuhan. Itulah dia muslimah , air matanya bukan lagi untuk perkara yang sia-sia.  :)

InshaAllah..
 Semoga luqluq dan para bidadari dunia..
menjadi wanita dambaan syurga,
anak solehah yang doanya diterima
seorang isteri yang menjadi sayap kiri perjuangan suami tercinta
seorang ummi yang bakal melahirkan para ulama' muda
dan seorang hamba ALLAH yang taat akan perintah-Nya.

Semoga sentiasa dalam pemeliharaan-NYA.

Aamiinn.

:)

Next book ^^,


Anakku Hidup Sekali Biar Bererti

bicaraluqluq: Gunakanlah rezeki yang diberi dengan sebaik-baiknya. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment