Friday, March 15, 2013

Awak kuat kan? :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

1 message received

"Saya tak berjaya pujuk dia. Doakan kebahagiaan dia. Doakan juga kekuatan saya."

1 mesej ringkas. Sarat dengan persoalan. 

.
.

Balik dari satu perjumpaan. Melihat dirinya terbaring..ditemani air mata. Sudah kujangka apa yang berlaku.

Dirinya memandang ku dengan senyuman. Allah..kekuatan apakah itu. Namun, riak kesedihan tidak mampu menyembunyikan remuknya sekeping hati.

Aku memahami keadaannya. Kubiarkan dirinya bersedia untuk bercerita meluahkan beban yang tersirat.

Satu demi satu butir bicaranya membuatkan aku juga merasa apa yang dia rasa.
.
.
 Sahabat,
Kau tidak berseorangan
Perginya dia bukan tanda engkau tidak sempurna
Malah dirinya yang tidak dapat membezakan mana permata mana kaca

Biarkan dia melangkah pergi,
Air matamu tidak layak untuk dirinya yang tidak pandai menghargai.
Air matamu juga bukan untuk perkara sia-sia lagi
Ukirlah senyuman indahmu itu.

Percayalah sahabat.
Kesedihan ini cuma sementara.
Kelak kau akan ketemu hikmah disebalik ujian melanda
Kerana apa?
Kerana Allah ingin berikan yang terbaik malah lebih baik.
Dan aku yakin kau akan mensyukuri apa yang telah terjadi.

Jadilah wanita yang kuat pendiriannya
Jadilah muslimah yang tak pernah kalah dengan ujian melanda
Kerana dirimu begitu istimewa
Maka layaknya hanya si dia yang super istimewa.

Menanti dan bersabarlah.
Segalanya akan indah pada waktunya.
:)

-luqluq-


Aku juga belajar untuk itu. Mahalkan diri hanya untuk yang benar2 layak. :)


bicaraluqluq: Lelaki yang tidak menghormati wali, tidak layak dijadikan suami ! 

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment