Saturday, February 9, 2013

Siapa yang lebih kita cintai?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Malam tadi satu family berkesempatan untuk hadirkan diri dalam ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Surau Nurul Yaqiin, Taman Sri Saujana.

Penceramah didatangkan khas dari Kuala Lumpur, Ustaz Syed  Syahridzan bin Syed Mohammad. Beliau merupakan seorang penyelia kanan (Panel Syariah) di Tv Al-Hijrah. Tadi tak sempat nak salin biodata beliau. Tapi yang saya ingat, umur beliau 36 tahun, orang selangor, pernah menetap 7 tahun di Johor dan bersekolah di Madrasah Al-Attas Al-Arabiah (kalau tak silap).
dan yang paling saya ingat beliau dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan. oke takpe intan, ramai lagi ustaz. hik3.. oke2 gurau  =_=

Maaflah takde pulak gambar penceramah tu. hee

Sebelum tu majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan ucapan dari yb Datuk Dr. Adham Baba, ADUN Pasir Raja. oke..taknak cerita panjang2 apa yang beliau sampaikan. Biasalah kan ahli politik bila berucap. Tapi alhamdulillah, rezeki surau terbabit apabila dijanjikan untuk diberikan PA System oleh yb. Semoga janji ditepati, dan sudah semestinya pahala juga diperolehi berlipat kali ganda. ehem. ^_^

Alhamdulillah, pengisisan ceramah oleh penceramah juga banyak pengisian dan yang paling penting dapat menyentapkan hati-hati yang mendengar. Kalau ceramah sempena Maulidur Rasul,maka tak lari jauhlah dengan kisah baginda Rasulullah SAW. 

Apa yang memberi kesan ialah apabila penceramah mengeluarkan sabda Nabi:

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku menjadi insan yang paling dia sayangi melebihi ayah, anak dan juga seluruh manusia”. (Direkodkan oleh Imam al-Bukhari)

Penceramah mula membawa para pendengar untuk muhasabah diri siapa yang paling kita cintai. Ya, kadang2 kita tidak sedar dalam kehidupan seharian kita, ada perkara yang kita cintai melebihi kita cinta Allah dan Rasul. Perkara yang harus kita fikir dan muhasabah diri balik. :)

Satu lagi kisah yang memberi kesan ialah kisah benar penceramah itu sendiri. Ini apa yang saya ingat balik dan ceritakan disini sebagai pengajaran kita semua. 

Beliau pernah menetap di UK selama 4 tahun bersama isteri dan anaknya yang masa tu baru berumur 4 tahun tak silap saya. Di sana, umur 3 tahun dah kena hantar pergi sekolah. Jadi nak dipendekkan cerita, anak beliau pernah bertanya mengenai siapa itu jesus dan paling memeranjatkan anak beliau memainkan peranan dalam pentas lakonan mengenai kisah holy maria, jesus dan lain2. Sedar yang hal ini boleh menjejaskan akidah sebagai orang islam, maka sebagai seorang bapa, beliau meminta pengetua sekolah terbabit untuk mengasingkan anaknya daripada pementasan tersebut. Alhamdulillah, UK adalah sebuah negara yang masih mengekalkan keterbukaan dalam beragama. Tapi, yang menjadi masalah apabila setiap pulang dari sekolah, anak beliau selalu menangis dan mengadu kerana diasingkan daripada kawan-kawannya yang lain. Hati ibu bapa mana yang tak terusik bila hari-hari anak balik mengadu perkara yang sama. Jadi suatu hari, isteri beliau memujuk beliau untuk membenarkan anaknya untuk menyertai pementasan tersebut dengan alasan hanya sekadar lakonan, dan akhirnya beliau sendiri bersetuju. Hebatnya kuasa Allah, Allah membantu beliau dengan tidak sengaja terbuka surah yang mengandungi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Beliau berfikir, antara ujian yang beliau hadapi dengan ujian Nabi Ibrahim yang terpaksa mengorbankan anaknya demi perintah Allah itu jauh panggang dari api. Tetapi Nabi Ibrahim rela mengorbankan anaknya demi cintanya pada Allah. Dari situ, beliau terfikir yang Allah sedang membantu dirinya dari masalah yang beliau hadapi. Beliau mula berkempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa melayu islam yang menetap disana. Alhamdulillah, kempen tersebut mendapat respon yang positif dan ibu bapa terbabit mula menghantar surat kepada pentadbiran sekolah untuk mengasingkan anak mereka dari menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan sensitiviti agama. Kesudahannya, anak-anak terbabit diasingkan dan ditempatkan dalam 1 bilik khas. Maka dengan ini, anak beliau dah ada kawan2 yang sama-sama terasing.eh? hihi.. 

uish panjangnya cerita.. :)

Di akhir ceramah, penceramah membuat kesimpulan dari kisah tersebut jika kita tolong agama Allah, maka Allah akan tolong kita. Betapa besarkan cinta Allah pada kita? Tersentap lagi, 'berapa banyaklah sumbangan aku pada islam?' Allah... T___T

Jadi sekarang siapa yang lebih kita cintai? Jom muhasabah diri. Semoga nanti diakhirat kelak kita akan bersama dengan orang yang kita cintai, sesuai dengan sabda Nabi. Wallahua'lam.

Sebelum tu, ucapan syabas dan tahniah kepada ajk surau Nurul Yaqiin. Semoga usaha kalian mendapat ganjaran disisi-Nya. InshaAllah. :)

bicaraluqluq: Seronok berada dalam taman syurga bersama keluarga tercinta. terima kasih ya Allah. :')

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment