Saturday, February 9, 2013

Kerana kau jasadku.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW




" Korbankan keseronokan masa sekarang untuk kebahagiaan akan datang"

Hati mula berbicara. Dilema kian memuncak. Akal masih waras memikirkan solusi terbaik. Dalam diri bermonolog sendiri.

"Salahkah apa yang aku rasa?"
"Betul ke keputusan aku ni?"
"Redhakah Allah dengan pilihanku, dengan caraku?"

Mengapa difikirkan penilaian manusia jika engkau sendiri mampu membuat keputusan. Engkau diberi akal yang waras, masih mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

Engkau sudah buat pilihan. Kata hati menunjukkan jalan. Namun, perjalanan yang panjang buat kau sedikit goyah. Mengapa? Kerana khuatir hati kau tidak mampu menepis dugaan, godaan dan ujian bukan? Hanya kerana kau sedar bahawa imanmu hanya senipis kulit bawang, bila-bila masa sahaja boleh tersungkur,ditertawa iblis yang durjana. Syabas! Kau masih memikirkan imanmu. Maka, tindakan harus diambil. Bagaimana?

"Tundukkan nafsumu, menangkan imanmu"

Mujahadahlah sayang. Korbankan keseronokan yang seketika ini, demi sebuah kebahagiaan akan datang.

Jarakkan. Bataskan. Moga ada hikmah setiap tindakan yang kau lakukan.

Biarkan ia mengalir mengikut arus, jika benar datangnya dari Allah, maka suatu hari nanti dengan pertolongan-Nya jualah yang akan menyatu. Didik hati supaya bersabar. Lepaskan segala lelah dengan mengadu pada-Nya. Berbahagialah, ini ujian buatmu. Walaupun tidak sehebat bertempur di medan perang, namun sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di mana letaknya titik kelemahan dirimu. Jika hati, maka dengan hatilah dirimu diuji. Bersabarlah, raikan kasih sayang dari Rabb yang Maha Agung.

Luqluq,
Aku sayangkan jasad ini,
Berusahalah selagi terdaya,
Untuk menggapai solehah yang kau idamkan.
Bangkitkan rohanimu dengan sentiasa mengingati-Nya dalam setiap tindakanmu
Semoga suatu hari nanti setiap lelah yang kau luahkan, tersimpan seribu hikmah yang kau sendiri tidak menduga.

:)

bicaraluqluq: Tidak mengapa tiada yang peduli, kerana kau sudah bahagia dengan caramu sendiri.

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment