Thursday, January 10, 2013

Kesabaran berlimit, Not continously.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Pelbagai kondisi menuntut kesabaran. Orang buat sekali, masih boleh bersabar. Diam itu solusi terbaik. Tetapi bila ada sesuatu yang menguji kesabaran, masih relevankah dengan bersabar? Hati manusia tidak boleh dijangka. Kadang-kala sikap baik bagaikan tiada kesalahan yang pernah dilakukan, tetapi sebaliknya pula berlaku bila terasa diri diperkatakan. Maaf jika 'terasa' dengan mana2 entry yang sememangnya tidak tertuju pada sesiapa. Andai terasa, itu tandanya ada masalah hati yang belum selesai. :) 

Allahuakbar.... kesabaran itu sungguh menyiksakan. Dipendam rasa amarah bagaikan memakan diri sendiri. Dibiarkan bagaikan dipijak pijak harga diri. Apabila sesuatu itu terpendam lama, tiba masa meletus juga. Kemaafan yang sudah diberi bagaikan hilang nilainya. Sehingga terbit rasa sesalan apa yang sudah terjadi. Apa perasaan bila kita kagum dengan penulisan dan tahap pencapaian seseorang tetiba dia tersentap pulak dengan tulisan kita yang sememangnya tiada kaitan dengan dirinya. Nak ketawa?Nak menangis? Ignore je......kata seorang sahabat. 

Sikap orang berbeza-beza. Ada yang tidak boleh langsung menerima teguran, ada yang marah tidak tentu hala tanpa memikirkan perasaan orang, ada yang diam membisu tatkala diperlakukan sesuka hati dan macam-macam lagi kerenah manusia. Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku dihati makhlukNya.

Tatkala kesabaran sudah tidak dapat dibendung, meluahkan rasa di twitter tanda amarah yang sudah tak dapat ditahan-tahan lagi..terpujuk rasa apabila terbaca satu ayat "Sangkaan manusia itu menunjukkan tahap kebersihan hatinya''. Tersenyum. Allah.... maafkan aku. Aku tewas dengan amarah hanya kerana sangkaan jelik manusia terhadap manusia lain. Rasional, mungkin tulisan ku juga telah membuatkan ada hati yang tidak dapat menerima apa yang ditulis walaupun hakikatnya tiada langsung cebisan ingatan untuk mengata itu ini terhadap individu terbabit. Sedikit pun tidak ada. 

"Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar."
 (Al Anfaal : 46 )

Tersentak lagi rasa, ayat diatas ditweet seorang sahabat. Terima kasih kerana mengingatkan. Rasa kelakar lak tiba-tiba semua terkejut keluar tweet bomm dari @missluqluq . Maaf, itu tandanya kesabaran ditahap maksimum. Akan didelete secepat mungkin. :)

Entry ini bukan untuk membalas mana2 pihak. Maaf jika ada yang terasa. Mungkin silap diri ini yang tidak dapat menulis dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Terpulanglah bagaimana hendak menilai. Hati manusia Allah yang pegang. Maaf sekali lagi.


Pendekatan selepas ini. Ignore je dengan sangkaan manusia.
InshaAllah..semoga diberikan kesabaran yang tinggi. 

Wallahua'alam... :)

terima kasih kepada si pemberi. :')
hisy....macam kelakar je marah-marah semalam..  aiyooo~

Bicaraluqluq: Jangan dicabar orang yang sudah lama bersabar. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment