Monday, January 14, 2013

Buat ukhti2ku sayang. :')

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw


Di sebalik raut wajah tenang
Tiada siapa yang peduli apa yang bergejolak didalam
Tiada siapa mengerti keperitan membuat keputusan
Dilema antara keinginan dan tuntutan perasaan.

Aku ingin seiring bersama kalian
Tetapi kakiku bagaikan dirantai hilang pertimbangan
Hatiku berbelah bahagi entah apa yang bermain di fikiran
Namun ku tahu jalan itu sungguh indah dan mengasyikkan
Walaupun duka dan perit yang terzahir dihadapan

Ku akui
Diri ini penuh alasan yang kadang kala keikhlasan dipersoalkan
Dimana letak hatiku?
Allah... Maafkan aku..

Ku sangka sudah kuat untuk berdiri
Namun kusilap
Aku hanya kuat pabila bersama kalian

Penghalang ada dimana-mana
Sukar memahamkan orang apa yang difahami
Hanya 1 yang ku pegang
Pertolongan Allah itu juga ada dimana-mana

Maafkan aku
Menyusahkan kalian
Tetapi percayalah
Jauh dalam sudut hati kecil
Aku masih berharap masih ada lagi peluang aku untuk berdiri seiring dengan kalian.

:)

Bicaraluluq: Sayangku terhadap kalian tulus ikhlas lillahita'ala. Walaupun payah untuk dizahirkan. Kerana sifatku memang begitu.  :)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment