Thursday, January 31, 2013

Contengan Jalanan @ Guangzhou & Shenzhen, China

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

22-27 Januari 2013, 
terlakar lagi satu sejarah bagi barisan kepimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR.
 Alhamdulillah, bagi JMK sidang 2011/2012 ( Simbiosis) berpeluang ke Guangzhou & Shenzhen, China selama 4 hari 3 malam.

Sebelum berangkat ke negara China, sempat transit di Changi Airport, Singapore selama 9 Jam.
 Sambil menunggu flight seterusnya, kami menghabiskan masa meninjau kawasan-kawasan yang menarik. 




Jam 6.20 pagi flight penerbangan ke China.
Tidak disangka-sangka seorang sahabat ditimpa ujian.
Berlepas tanpa seorang daripada kami membuatkan aku terfikir sejenak.
"Jika Allah tak mengizinkan sesuatu itu berlaku, maka tidak akan berlaku. 
Namun ada hikmah disebalik kejadian itu yang tidak pernah kita tahu."
Bos kami pula kata, disebabkan dia mampu maka ujian tu ditimpakan atasnya bukan kita. :)
Allah dah pilih dia.
dan Alhamdulillah berkat doa semua, maka berkumpul kembali 33 hati pada hari kedua.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
:)
Sepanjang berada di sana, banyak tempat yang kami sempat lawati, antaranya

Malaysian Consullate
Beijing Road Shopping Street
Yuexiu Park
Five Farm Statue
Huacheng Square
Shangxiajiu Shopping Street
Shangmeilin Mosque
Luohu Commercial City
Dongmen Shopping Street
Haiyin Electronic Market.
Guangzhou Tower

Alhamdulillah,
berkesempatan beberapa kali menunaikan solat jama' zohor dan asar di masjid Abi waqqas.
Di situ juga menempatkan makam Saad bin Abi Waqqas,  yang diyakini sebagai bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Abi Waqqas sendiri adalah penyebar Islam pertama di China.



Inilah masjid tertua di Kota Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong.
Masjid Saad bin Abi Waqqas


Pintu gerbang menuju ke makam Saad bin Abi Waqqas.

Makam Saad bin Abi Waqas

    

Guangzhou amat terkenal dengan syurga membeli belah. Apa yang dapat
 kami pelajari ialah ilmu tawar menawar.
Kebanyakan orang2 disana tidak faham cakap omputeh maka kalkulator memainkan peranan yang amat penting.
Bagi yang kaki shopping, inilah tempat yang sesuai untuk anda menjana ekonomi di bumi anbia' bak kata Tan Sri. (^_^)v

Banyak moment2 indah disana.
4 hari disana sudah rindu dengan Malaysia.
Ukhuwah antara kami juga tertaut kembali erat dengan lafaz doa rabithah di dalam bas.
Lagu-lagu yang mengeratkan kami suatu ketika dahulu berdendang kembali.
Sehingga menjadi siulan Ah Ken tourist guide kami si bangsa China yang fasih berbahasa Indonesia.
Allah jualah yang jadi saksi penyatuan hati kami.
Semoga ikatan hati ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja.
InshaAllah.

Wallahu'alam.



bicaraluqluq: Kadang-kadang perlu berjalan ke negara orang supaya kita dapat belajar bersyukur dengan apa yang kita punya. SubhanaAllah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar.

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment