Wednesday, January 30, 2013

Air mata itu......

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Tangisan itu bukan tanda dia lemah
Diam dia bukan tanda dia hilang seribu bahasa
Tetapi itulah tanda dia sedang menjaga hati
dari melukai hati yang lain.

Air mata itu jatuh
tanda habis sudah kekuatan diri.
Menangislah dia sepuas-puasnya.

Tetapi setelah itu..
Segala kesakitan lenyap.
Tiada lagi dendam
Tiada lagi kebencian.
Maka dirinya kembali normal.

Hebatnya kuasa tuhan.
Menciptakan air mata penghapus kebencian.
Berbeza orang berbeza gayanya.
Aku??
Memilih untuk diam dan menangis.
Walaupun terzahir dimata mereka aku lemah.
Namun ku tahu, itulah kurniaan Allah yang terbesar buatku terus kuat.

Jika nampak aku diam tanpa suara
dan tiba-tiba tangisan aku kedengaran.
Tinggalkan aku bersendirian
Kerana ketika itu aku sedang mengadu derita hati kepada pemilik hati.
DIA lah Rabb teragung.

Aku masih menggapai redhaNya......

T___T

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment