Tuesday, October 16, 2012

Pelangi indah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.


Lihat awan biru, hati jadi tenang. Setenang kehidupan yang dialami sekarang. Dia, wanita yang kuat. Bangkit dari kesedihan semalam. Berbekalkan prinsip yang baru, dia utuh dengan hunusan duri sang mawar. Dia bertekad menjadi mawar agama. Bukan lagi seorang wanita yang lemah hatinya, yang lelah jiwanya. Dia mampu tersenyum sekarang. Senyuman yang membuktikan kesedihan semalam itu hanya cebisan kenangan yang tidak membawa apa-apa kesan di hati. 

Dia kini tahu apa yang dia mahu. Dia kini tahu apa yang ingin dia kecapi. Allah tujuan hidupnya. Tiada apa lagi yang dia harapkan saat ini melainkan Allah menjaganya dengan penuh hikmah. Mujahadah melawan kehendak hati amatlah payah. Jika berubah kearah kebaikan itu mudah, pasti ramai akan memilih jalan itu. Mawar itu dalam dilema. Namun lenyap pudar bila pergantungan penuh diletakkan pada sang Khaliq.

Dia sedar dunia ini hanya sementara. Tiada cinta yang lebih agung melainkan CINTA Allah. Mahu sahaja dia melaungkan kata bahawa cinta Allah itu maha hebat. Allah ada tika orang lain memikirkan dia bersendirian, Allah membelainya dengan kasih sayang tatkala orang lain diulit kasih yang bukan haknya. SubhanaAllah,cinta apakah ini? hebatnya tak terluah dengan kata-kata.

Kini dia tahu beza dahulu dan sekarang.Mengapa dahulu dia diuji cinta palsu, rupa-rupanya Allah ingin memberikan cinta agung buat dirinya. Nikmat perbezaan yang terlalu besar. Tanpa cerita dahulu, dia pasti tidak sekuat ini. Tanpa cerita dahulu, dia pasti tidak menikmati manisnya hidup dalam jagaan penciptanya.

Dia lihat lagi langit biru dihujung sana. Mempelajari hikmah alam, dia sedar hidup ini sangat indah. Hujan yang turun bukan bencana,malah ada rahmat yang tersembunyi. Setelah itu, muncul pula pelangi mewarnai alam.  Dia pasti, Allah juga akan mencipta kisahnya juga indah. Diberikan ujian bukan musibah yang menyakitkan melainkan tersimpan rahsia tersembunyi disebalik itu. Suatu hari nanti, Allah pasti memberikannya 'pelangi' indah untuk dirinya.

bicaraluqluq: Hargai bila sudah tiada, itu tidak memberi apa-apa makna. Melainkan hanya cebisan kenangan yang takkan diulang semula. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment