Saturday, July 21, 2012

Yang terpendam



 
Gembira bukan tanda bahagia
Ada sesuatu yang disembunyikan dibalik senyuman itu
Sukarnya melafazkan kata
Sukarnya meluahkan rasa
Mungkinkah akan tersilap
Diriku kuat
Tak seperti dahulu
Bukan menolak tapi belajar untuk tidak berharap
Kerana ku tahu rasa
Apabila meletakkan harapan nan tinggi
Bila terjatuh sakitnya tak terperi
Bukan menyombong diri
Tapi ku takut akan melukai
Sekeping hati yang suci
Milik si dia insan yang bernama lelaki
Cukuplah aku rasa betapa sakit dikhianati
Takkan kubiarkan insan yang sudi
Disakiti oleh diri ini.

 "Jika sudah bersedia, hadirkan dirimu didepan wali
Akanku berikan cinta yang tulus murni
Yang ku pertahankan hanya buat suami.
Itu janjiku yang pasti."
 - luqluq-
 
bicaraluqluq: Mudah-mudahan kebahagiaan yang berpanjangan akan hadir jua.Ujian barangkali, persinggahan yang sementara. Melepaskan demi kebahagiaan orang lain bukan tanda aku lemah tapi menghargai sekeping hati kaum hawa yang dalam pengharapan cinta. :) 
 
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. setuju! jangan dibiarkan diri di khianati lagi ;).jangan lakukan kesilapan buat kesekian kalinya.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah xkan.. mohon juga doa dr sahabat2.. :)

    ReplyDelete