Friday, June 22, 2012

Dugaan kali pertama.


22 Jun 2012
Untuk pertama kalinya aku dilepaskan untuk cari duit poket sendiri.Walaupun hati dalam dilema nak ke tak nak. sebabnya aku tak ada kawan. sob3. Tapi macam biasa, berbekalkan kekuatan yang ada, aku redah jela. Mungkin masanya untuk aku bergerak sendiri tanpa perlu sesiapa menemani. oke ayat pasrah. =.=

Datang pukul 8.45 pagi sebab kena jumpa kerani pukul 9. Nak bagi dokumen segala bagai yang dia nak. Yang penting, no akaun bank ! kih3..Hampir satu jam tunggu. satu jam bukan masa yang sekejap wahai luqluq. haisy, nasib dikurniakan sifat semula jadi, sabar dan tenang. cewah ! :p. okey dah dapat no. id, maka bermulalah kerja aku sebagai wanita bekerjaya. ^_^v

seriusly, aku tak boleh sesuaikan diri buat kali pertama. Pergilah mana-mana pun, bila first time, confirm aku tak boleh nak campur dengan orang baru. Bak kata 'orang' tu,mungkin baru2 lagi kot, nanti dah lama2 oke la tu. erm, untunglah ada perasional. Tetiba je tersemangat balik. :p

staff2 kat sana oke. semua happening,aku senyum,diorang senyum balik. cuma aku ja rasa janggal. dah lama nanti oke la tu.Alhamdulillah,kakak yang  train aku pun baik. Tapi, dalam hati ni,macam-macam fikir. Kerisauan yang menebal. Walaupun luaran aku senyum ja memanjang. 

Kerisauan tu.. erm, mungkin memikirkan apa pandangan orang pada aku,dengan cara pemakaian aku. Ada pekerja senior tu cakap

" seminggu dua ni belum dapat baju,boleh lah pakai baju besar2. Nanti dah dapat baju, kena pakai baju tu hari-hari.lagipun kena tight in"

Aku tengah kerisauan lagi ditambah dengan kata-kata camtu. Aku hanya mampu senyum jela. Tapi dalam hati hanya Allah jela yang tahu. Haisy, ada jugak aku nangis kat situ. Memang tak datang lah aku esoknya. Tapi aku pegang satu ja . cakap dalam hati 

" Biarlah orang nak kata apa, asalkan Allah redha dengan apa yang aku buat.sabar intan, tahan jela untuk  bulan ni.''

tetiba terus aku cam tak rasa pape pun dengan kata-kata dia tadi. sal pakaian? aku tahu lah nak deko camne baju tu nanti. yang penting aku terjaga. semoga dipermudahkan segalanya. 

Time tu jugak, aku teringat family JMK. Mungkin dikurniakan sifat peng'cover' perasaan terbaik, akhirnya aku berjaya sembunyi apa yang ngah bergolak dalam hati aku ni.Seriusly, lau hati aku tak kuat tu, maunya aku nangis. Tapi nanti tak da orang nak bagi tisu lagi.haha. oke mengada lak kau intan.

5.45 petang
waktu yang aku tunggu-tunggu. Balik time!! Hari ni dengan esok aku training pagi sampai petang je. Lepas ni boleh berdikari dah. lepak jugak aku tengok jadual dia bagi. 6 hari bekerja. erm, ada pengajaran jugak yang aku dapat kat sini. Baru aku tahu macam mana rasa orang bekerja cari duit ni.Semoga dapat bertahan untuk 2 bulan ni.insyaAllah. :)

bicaraluqluq: Kat sini kebahagiaan ada, tapi aku tak rasa kebahagiaan tu. Aku rindukan suasana ditarbiyah,dikelilingi sahabat-sahabat yang terbaik. Positif, mungkin ini masa untuk aku kenal dunia sebenar, dunia yang penuh manusia yang pelbagai ragam. Alhamdulillah. Semoga diri ini terjaga. :)

credit to perasional diri.Perlukan sokongan padu oke. ^_^

www.tips-fb.com

2 comments:

  1. untunglah dah keje . keje kat mane ?

    ReplyDelete
  2. erm..keje la yunk oi..buhsan dah duk umah lelama..cashier kat pasaraya.. :)

    ReplyDelete