Sunday, April 29, 2012

Yakin dengan janjiNYA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,masih diberi sedikit ruang waktu untuk mencoretkan rasa hati.Dalam kesibukan menyempurnakan segala tugasan disaat2 akhir,tak tahu kenapa terdetik untuk meluahkan sesuatu . terbeban mungkin. Kadang2 terpaksa mengalah dengan emosi sendiri.marah,sedih,bimbang,kecewa bercampur aduk.sehingga menyebabkan kerja tak dapat diselesaikan dengan sempurna.Mungkinkah pembawaan perasaan diakhir sidang? mungkin ya.. hampir setahun setengah aku bersama mereka.Tapi biarlah aku coretkan semua tu di entry yang baru. :)

Jujur, sangat memeritkan menanggung perasaan ini. Ego semakin menebal. Entah mengapa aku tak tahu. Mungkinkah kerana serik dengan apa yang berlaku? Bukanku menolak, tapi aku merasakan masih tidak cukup cinta tuhan kuraih. Aku bimbang jika kedatangannya juga ujian buat aku. Allah sudah beri aku peluang untuk aku mengecapi cintaNYA. Tapi, masih juga aku keliru. Selagi upaya, akanku bendung perasaan itu. Bukan untuk menafikan fitrah, tetapi aku masih mencari erti cinta sejati. Diri ini terlalu banyak kekurangan. Terasa kerdil yang amat. Biarlah kusimpan rasa ini sedalam-dalamnya. Jika benar dia datang adalah anugerah buatku, aku yakin ALLAH pasti memudahkannya

bicaraluqluq: Bila duduk bersendirian, aku bermonolog, diakah jodohku? 

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment