Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Alhamdulillah.
4 tahun lamanya menimba ilmu di bumi murabbi.
Penantian yang tak putus untuk menggenggam sekeping sijil buat insan-insan tercinta.
5 tahun menanggung risiko hanya berbekalkan sijil SPM.
dan alhamdulillah 20 September 2014 secara rasminya kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains(Matematik) dengan Pendidikan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. ^__^
Tahniah Encik Azman dan Puan Rosziah !
Kerana berjaya menggraduasikan anak sulung mereka.
^___^
Di ruang yang dah lama ditinggal sepi dah berhabuk bersawang ini,
dengan besar hatinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak membantu.
Especially untuk mak ayah yang tak putus-putus mendoakan, berkorban masa, wang dan ringgit, menghantar pergi dan balik. Sekeping sijil itu masih lagi tak terbalas jasa kalian. Banyak lagi ku hutang budi. T__T
buat adik beradik yang sentiasa menyokong,smoga lebih baik dan sukses dari kakak kalian ini.
Terima kasih juga kepada
Nenek,arwah atok dan saudara mara yang mendoakan kejayaan ini.
Sahabat-sahabat yang sama-sama bersusah senang
Guru-guru, pensyarah yang bertungkus lumus memberikan ilmu yang bermanfaat.
20 September 2014
Hari bersejarah buat cik Intan Nurazlin.
Diraikan bersama insan-insan tercinta.
Mak, ayah, nenek, ad, asyraf, mas.
Cuma si adik, Arsyad yang tak dapat bersama untuk meraikan sebab tak dapat pelepasan dari upnm.
dan terima kasih juga atas kejutan yang tak disangka-sangka dari si dia yang kekonon tak dapat datang, kekonon kerja banyak, kekonon kirim itu ini, kekonon banyak tanya tiba-tiba muncul kat belakang dengan bunga bagai. Tak pasal2 kena 'hadiah' dengan fail keras biru tu.hehe maapppp. Terima kasih menunaikan janji demi janji. Semoga dipermudahkan untuk urusan-urusan selepas ini. :)
Alhamdulillah.
Selepas ini menanti untuk di postingkan.
Semoga dipermudahkan langkah kaki selepas ini.
InsyaAllah.. doa dikembalikan kepada insan-insan yang mendoakan diri ini.
A big thanks for u alls!
:')
No comments:
Post a Comment