Assalamualaikum w.b.t.
Bila hati disapa hidayahNya
terasa diri tidak keseorangan.
Walaupun hakikatnya dimata manusia
mereka mengatakan aku tiada apa-apa
Ilmu hanya sebatas cuma
Bila dia dan dia
membicarakan tentang perjuangan
apakah yang telah aku lakukan?
aku bermonolog
setakat ini hanya ini yang kumampu
melangkah dan terus melangkah
mencari dimana titik kasihNya
Buat diri yang masih dalam perubahan
Buat diri yang masih perlu dalam pentarbiyahan
Dosa dan kesilapan dahulu hanya kenangan
Yang tak akan sekali kali ku ulang
KasihNya ku bawa teguhnya pendirian
Aku tidak keseorangan bahkan berteman
Bertemankan Cinta Rabb yang Maha Penyayang
Salam Ma'al Hijrah 1434H
:)
bicaraluqluq: Hati yang punya CINTA, tanda kasihNya Dia. Dia yang selalu ada. Sentiasa ada dan tetap ada. Jom berhijrah! moga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam jagaanNya. :)
No comments:
Post a Comment