Sunday, August 2, 2015

Mungkin dulu

Mungkin dulu 
Dia pernah kenal
Si mujahidah yang cintakan Allah
Idaman setiap para lelaki
Santunnya dia menjaga maruah
Tak terperi hati untuk dinikahi

Tapi jodohnya dia bukan itu.

Mungkin dulu
Dia pernah kenal
Si cantik manis
Cantik ciptaan sedap mata memandang

Tapi jodohnya dia bukan itu.

Kini
Yang dikenali malah berjanji
Bukan si mujahidah terpelihara
Bukan juga si cantik manis rupa

Hanya dan cuma wanita biasa
Tak punya apa-apa yang hendak dibangga
Jauh sekali dikata sempurna

Kadang rasa jauh hati
Benarkah diri menjadi pilihan
Sedangkan dirinya patut mendapat yang lebih baik.

Namun
Wanita itu hampir terlupa
Kisah silam mereka ternyata sama
Dan akhirnya mengerti bahawa jodoh itu bukan soalnya siapa yang terbaik dalam penilaian manusiawi
Tetapi siapa yang tepat untuk melengkapi

Moga saja
Wanita itu dapat menjadi
Muslimah sejati
Cantik dimata si suami
Pelengkap dan pendamping setia
Sahabat yang memahami
Kekasih yang mencintai
Isteri di dunia dan moga terpilih menjadi bidadarinya di syurgawi.

:)


www.tips-fb.com

Thursday, October 23, 2014

Be with someone.



"Be with someone"

yang tak kisah kau pakai stokin terbalik
kadang-kadang terkoyak

yang tak kisah tapak sandal kau nak tercabut
lalu beli baru

yang tak kisah kau buat kek bantat
masih lagi berterima kasih memberi semangat

yang tak berkira itu dan ini
yang banyak menerima buruk dari mengagumi yang baik.

yang berhempas pulas
demi untuk segera menghalalkan hubungan.

yang sentiasa bermanis kata dan tingkah
seiring tindakan, ikrar dan janji,

:)

**********

Perkenalan yang singkat.
Pelik.
Tapi ini jalan ceritanya.

Ada yang sudah dekat tiba-tiba menjauh.
Ada yang menjauh tiba-tiba mendekat.
Ada yang sudah sayang tiba-tiba membenci.
Ada yang belum kenal tiba-tiba berjodoh.
Ada yang sudah dirancangkan tarikh pernikahan tiba-tiba tidak jadi
Ada yang tidak direncanakan tiba-tiba datang pula mengajak bernikah
Ada yang sudah dijodohkan tiba-tiba dibatalkan
Ada yang tidak kenal sebelumnya tiba-tiba berjodoh.

Itulah rahsia JODOH. 

bicaraluqluq: Semoga dipermudahkan segala perancangan demi perancangan.



www.tips-fb.com

Saturday, September 20, 2014

Hari Jubah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah.
4 tahun lamanya menimba ilmu di bumi murabbi.
Penantian yang tak putus untuk menggenggam sekeping sijil buat insan-insan tercinta.
5 tahun menanggung risiko hanya berbekalkan sijil SPM.
dan alhamdulillah 20 September 2014 secara rasminya kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains(Matematik) dengan Pendidikan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. ^__^

Tahniah Encik Azman dan Puan Rosziah !
Kerana berjaya menggraduasikan anak sulung mereka.
^___^

Di ruang yang dah lama ditinggal sepi dah berhabuk bersawang ini, 
dengan besar hatinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak membantu.

Especially untuk mak ayah yang tak putus-putus mendoakan, berkorban masa, wang dan ringgit, menghantar pergi dan balik. Sekeping sijil itu masih lagi tak terbalas jasa kalian. Banyak lagi ku hutang budi. T__T

buat adik beradik yang sentiasa menyokong,smoga lebih baik dan sukses dari kakak kalian ini.

Terima kasih juga kepada

Nenek,arwah atok dan saudara mara yang mendoakan kejayaan ini.
Sahabat-sahabat yang sama-sama bersusah senang 
Guru-guru, pensyarah yang bertungkus lumus memberikan ilmu yang bermanfaat.

20 September 2014 
Hari bersejarah buat cik Intan Nurazlin.
Diraikan bersama insan-insan tercinta.
Mak, ayah, nenek, ad, asyraf, mas. 
Cuma si adik, Arsyad yang tak dapat bersama untuk meraikan sebab tak dapat pelepasan dari upnm.

dan terima kasih juga atas kejutan yang tak disangka-sangka dari  si dia yang kekonon tak dapat datang, kekonon kerja banyak, kekonon kirim itu ini, kekonon banyak tanya tiba-tiba muncul kat belakang dengan bunga bagai. Tak pasal2 kena 'hadiah' dengan fail keras biru tu.hehe maapppp. Terima kasih menunaikan janji demi janji. Semoga dipermudahkan untuk urusan-urusan selepas ini. :)

Alhamdulillah.
Selepas ini menanti untuk di postingkan.
Semoga dipermudahkan langkah kaki selepas ini.
InsyaAllah.. doa dikembalikan kepada insan-insan yang mendoakan diri ini.

A big thanks for u alls! 

:')


www.tips-fb.com

Sunday, July 6, 2014

Terukir nama itu. :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


"Allah tahu yang terbaik buatmu."

Bila Allah kata belum waktunya, sekuat apa pun kau lawan untuk menidakkan takdir ia tetap di tempat yang sama. Tiada apa yang berubah. Kerana itu mustahil tanpa izin-NYA. 

Cuba berdiri di atas kisah realiti
Takdir Allah itu sempurna
Sebuah pertemuan tanpa aturan
Kata-kata janji dibukti perbuatan
Namun kepada-NYA jua diletakkan sepenuh pengharapan.

Kerana pengalaman mengajar.
Cinta itu memerlukan pertanggungjawaban.
bukan sekadar hanya sebuah perasaan.
bukan sekadar indahnya memberi harapan.

:)


hargai apa yang sudah berada dalam genggaman
:) 06072014mm

bicaraluqluq: Semoga Allah permudahkan. Permulaan yang baik, mengharap pengakhirannya jua baik. :)


www.tips-fb.com

Friday, June 20, 2014

Boyfriendku kacak!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


hehe
Tajuk nak gempak.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Boyfriend dah selamat di make over.
Dah hensem, smart lagi bergaya dengan 'kot' blueblack nya.. kemain lagi kan.
Dan ini bermakna penantianku selama 4 tahun sudah berakhir.
4 tahun di bumi murabbi.
Tempat yang dah banyak memberi pengalaman pahit manis suka duka .
Tempat perubahan demi perubahan yang dilalui.
Tempat yang memberi seribu satu kenangan dengan insan-insan yang banyak memberi pengalaman berharga.

Semua itu adalah proses pembelajaran hidup.
Dengan siapa kita berkawan.
Dengan siapa kita berteman
dan setiap satunya tidak hadir tanpa sebab.
Ya, terima kasih atas pengalaman-pengalaman tersebut.
Kini, dah nampak hikmah semua itu.
:)

Oke. 
Roomate dah pasang lagu sedih-sedih.
Cik Izzaidah.
Nama dia paling banyak rasanya dalam blog ni. Hehe
Sayang nak berpisah dengan dia.
3 tahun kot.
Dia yang tahu baik buruk.
Dia yang faham segala perangai 'annoying' cik luqluq ni.
Dia yang sentiasa ada.
Lepas ni dia dah ada 'roommate' baru dah.
Hehe.
Semoga bertemu lagi di hari jubah dan Oktober nanti. ;)


Suriati.
Sahabat yang tak putus2 bagi keceriaan.
Persahabatan antara kami bertiga...
hurm sangat-sangat special dalam hati .
Insan yang selalu ada.
Tak kira suka, duka..
Salah faham, bermasam muka itu normal.
But terima kasih sebab tidak terlalu lama dalam 'penyakit hati' hituuu...^_^
I love you both. >.<




Lina, Shamiera dan Shafinaz.
Insan2 yang banyak sangat membantu dari segi akademik.
Yang selalu mengingatkan.
Yang selalu memberi semangat.
Terima kasih sangat2.
Semoga segala usaha tersebut dinilai oleh-Nya.
:)

Dan...
kepada insan-insan yang pernah hadir.
Especially kepada insan-insan yang berhempas pulas mentarbiyah diri ini.
Kak Hala, Kak Syidah dan W.N.Izzati.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
dan tak lupa kepada adik beradik JMK KHAR 11/12.
Best of luck for you all.

InshaAllah
Esok bergerak pulang ke kampung halaman.
Mak ayah dah menunggu anak daranya yang dah lama tak pulang.
dan jeng jeng jeng.
mungkinkah akan ada 'miracle' yang akan berlaku.
Hanya mampu menanti... 
^_^

Lepas ini banyak perkara nak buat.
Master? Kerja?
Kawan2 sibuk dah daftar master. 
Dah ada yang mula pun.
Teringin juga. 
Moga Allah menuntun setiap langkah yang diambil.
Mungkin sudah boleh bersedia untuk membina keluarga.. :p

Tetapi yang paling penting.
Bersedia untuk berbakti kepada keluarga.
dan semoga segala perancangan yang dah dibincangkan dipermudahkan.

:)

Ok legoland UPSI.
See you soon.
Hari Jubah!
17-20 September 2014.
Mohon sesiapa hadiahkan bear dan bunga please.
^_^


bicaraluqluq: Allah sweet sangat. Alhamdulillah. ^___^

www.tips-fb.com