Friday, June 20, 2014

Boyfriendku kacak!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


hehe
Tajuk nak gempak.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Boyfriend dah selamat di make over.
Dah hensem, smart lagi bergaya dengan 'kot' blueblack nya.. kemain lagi kan.
Dan ini bermakna penantianku selama 4 tahun sudah berakhir.
4 tahun di bumi murabbi.
Tempat yang dah banyak memberi pengalaman pahit manis suka duka .
Tempat perubahan demi perubahan yang dilalui.
Tempat yang memberi seribu satu kenangan dengan insan-insan yang banyak memberi pengalaman berharga.

Semua itu adalah proses pembelajaran hidup.
Dengan siapa kita berkawan.
Dengan siapa kita berteman
dan setiap satunya tidak hadir tanpa sebab.
Ya, terima kasih atas pengalaman-pengalaman tersebut.
Kini, dah nampak hikmah semua itu.
:)

Oke. 
Roomate dah pasang lagu sedih-sedih.
Cik Izzaidah.
Nama dia paling banyak rasanya dalam blog ni. Hehe
Sayang nak berpisah dengan dia.
3 tahun kot.
Dia yang tahu baik buruk.
Dia yang faham segala perangai 'annoying' cik luqluq ni.
Dia yang sentiasa ada.
Lepas ni dia dah ada 'roommate' baru dah.
Hehe.
Semoga bertemu lagi di hari jubah dan Oktober nanti. ;)


Suriati.
Sahabat yang tak putus2 bagi keceriaan.
Persahabatan antara kami bertiga...
hurm sangat-sangat special dalam hati .
Insan yang selalu ada.
Tak kira suka, duka..
Salah faham, bermasam muka itu normal.
But terima kasih sebab tidak terlalu lama dalam 'penyakit hati' hituuu...^_^
I love you both. >.<




Lina, Shamiera dan Shafinaz.
Insan2 yang banyak sangat membantu dari segi akademik.
Yang selalu mengingatkan.
Yang selalu memberi semangat.
Terima kasih sangat2.
Semoga segala usaha tersebut dinilai oleh-Nya.
:)

Dan...
kepada insan-insan yang pernah hadir.
Especially kepada insan-insan yang berhempas pulas mentarbiyah diri ini.
Kak Hala, Kak Syidah dan W.N.Izzati.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
dan tak lupa kepada adik beradik JMK KHAR 11/12.
Best of luck for you all.

InshaAllah
Esok bergerak pulang ke kampung halaman.
Mak ayah dah menunggu anak daranya yang dah lama tak pulang.
dan jeng jeng jeng.
mungkinkah akan ada 'miracle' yang akan berlaku.
Hanya mampu menanti... 
^_^

Lepas ini banyak perkara nak buat.
Master? Kerja?
Kawan2 sibuk dah daftar master. 
Dah ada yang mula pun.
Teringin juga. 
Moga Allah menuntun setiap langkah yang diambil.
Mungkin sudah boleh bersedia untuk membina keluarga.. :p

Tetapi yang paling penting.
Bersedia untuk berbakti kepada keluarga.
dan semoga segala perancangan yang dah dibincangkan dipermudahkan.

:)

Ok legoland UPSI.
See you soon.
Hari Jubah!
17-20 September 2014.
Mohon sesiapa hadiahkan bear dan bunga please.
^_^


bicaraluqluq: Allah sweet sangat. Alhamdulillah. ^___^

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment