Tuesday, April 23, 2013

22 Tahun berteduh di bumi Allah.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

23 April 1991. Pemilik nama Intan Nurazlin binti Azman ditakdirkan Ilahi untuk menghuni bumi-Nya. Hospital Kuala Lipis, Pahang menjadi saksi kelahiran. 

Syukur alhamdulillah.22 tahun sudah berlalu. 23 April 2013. Allah masih meminjamkan bumi-Nya untuk berteduh mencari bekalan untuk di bawa ke 'sana'. Sedar tidak sedar, diri sudah beranjak dewasa. Masih banyak yang belum selesai. 

Tepat jam 12.00 tengah malam. Mereka sudi meraikan. Nyanyian didendangkan.Kek blueberry menjadi santapan. Allah.. Engkau sungguh bermurah hati mengurniakan mereka untukku. Hanya Engkau yaAllah dapat membalasnya. Semoga kehidupan mereka sentiasa diberkati oleh-MU. Aku berharap mereka masih sudi meraikanku di syurga-MU kelak. 

Cik Hello Kitty saya tak henti-henti bernyanyi. Menandakan ada hamba Allah yang sudi mendoakan kesejahteraan saya. Mesej demi mesej serta call diterima dari sahabat tercinta. Terima kasih tidak terhingga atas ingatan. 

Facebook menjadi medan ucapan. Alhamdulillah, ramai yang sudi wish dan mendoakan diri ini. Semoga doa-doa kalian berbalik semula pada kalian. Biarlah ingatan itu berdasarkan 'reminder' dari FB. Hanya mengharapkan doa suci kalian untuk bersama meraikan.

23 April 1991 juga menjadi tarikh penting buat beliau yang digelar mak. Kepada Puan Rosziah selayaknya ucapan selamat. Beliaulah yang harus diraikan. Bukan diri ini yang hanya menumpang rahim seorang ibu. 

Buat Pn.Rosziah 
Terima kasih buat mak yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan akak. Masih segar diingatan bagaimana degilnya anakmu ini. Akak minta halal susu yang mengalir dalam tubuh ini. Maaf jika ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris hati. Minta maaf selalu malas2, bangun lambat, susahkan mak suruh hantar pergi sana sini. Tapi mak cool je kan..hik.. terima kasih mak. Doakan akak berubah sebelum jumpa bakal mak mertua.. tapi best jugak dapat mak mertua macam mak.hihihi.. I LOVE YOU mak.. dunia akhirat just you are the only mom that i have. muah muah muah. Akak sayang ayah jugak. Perkataan suksesssssss ayah sentiasa melekat dalam hati. :)

Last but not least,Terima kasih penghuni rumah solehah (Kak Shidah, Kak Ika, Kak hala, Kak Thiah), penghuni rumah siti muslihah (Jeda, kak Glo, Kak Shanti, Nathiya, kak Manju), Suriati, Kak lai, Tiqah, dan zati sebab sudi meraikan dan suprise kek yang awesome tu . 

Terima kasih kerana gigih beli kek sampai senget ha. :D

Hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih yaAllah atas kurniaan-MU.

bicaraluqluq: 22 tahun cuma angka. Tapi berapa banyak masa yang digunakan untuk berbakti pada agama,ibu bapa, ilmu dan negara?  Luqluq, jangan nak melagha sangat! >.<


www.tips-fb.com

2 comments:

  1. haha . saya tak bersalah . kek tu yang nak senget . mengada . haha . btw , sannah helwah roomate :D

    ReplyDelete
  2. takpe takpe saya faham..thanx awak.. terharu lak.. lebiu! <3

    ReplyDelete