Wednesday, March 20, 2013

Sudah cukup solehahkah aku untukmu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Seringkali kita berbicara soal ini, berusaha untuk menjadi zauj/zaujah yang soleh/solehah.
seringkali kita berbicara soal bakal imam dan bakal makmum.

dan 

seringkali kita berbicara.

"jika inginkan yang soleh,perlu jadi solehah dulu"
"jika inginkan yang solehah,kita sendiri perlu mensolehkan diri terlebih dahulu"

Sehinggakan kita kadang-kala lupa sesuatu yang lebih penting sebelum memikir ke arah itu.

iaitu ayah kita...

Ayah...adakah aku berjaya menjadi sang solehah dimata mu? 

mungkin aku lupa, selagi diri ini masih belum dikahwini, ayah  lah yang akan menanggung segala yang berkaitan dengan diri ku. ayah akan ditanya di akhirat kelak,

Mengapa biarkan anak perempuanmu tidak menutup aurat? 
Mengapa biarkan anak perempuanmu bergaul bebas? 

apakah aku sebagai anak tidak punya perasaan sayang terhadap satu-satunya ayah yang aku ada? 

Allah..

Disebabkan dosa-dosa yang aku lakukan, ayah yang pada mulanya lagi selangkah menuju ke syurga,dengan serta merta diseret ke dalam neraka. 

maafkan aku ayah..

Dulu aku terlalu cintakan dunia.Tapi kini aku telah sedar dan aku amat berharap tidak terlewat untuk mengubah segalanya..

maafkan aku ayah.Andai mampu kuputarkan masa, tidak sedikit pun masa-masa yang terbuang dahulu untuk tidak berbakti padamu.
Walaupun ku tahu, jasamu tidak akan pernah terbalas oleh apapun didunia ini.

.
.
.


Bersama kita muhasabah diri sendiri..
ayah kita pasti akan kembali menghadap Ilahi,namun persoalannya apa yang kita mampu lakukan untuk bekalan diri kita sendiri dan ayah kita? 

sudahkah kita menjadi anak yang solehah buat dirinya?

dalam kita berusaha untuk menjadi si solehah buat 'si dia' kelak, jangan dilupakan untuk mengejar menjadi anak yang solehah buat ibu bapa kita..

kerana aku juga seorang wanita.Maka percayalah,
jika kita berusaha untuk menjadi solehah untuk ibu ayah kita, secara automatiknya kita akan menjadi solehah buat bakal zauj kita,walaupun kita sendiri tidak tahu siapakah yang bakal menjadi peneman hidup kita kelak..

Praktikkan dulu untuk menjadi solehah buat keluarga dan ibu bapa kita sebelum berkahwin, moga mudah untuk kita amalkan bila berkahwin kelak..inshaa Allah





bicaraluqluq: Dulu kena buli kat sekolah rendah, mengadu dengan ayah terus ayah datang sekolah nak jumpa budak tu. Kaler luna hilang pun ayah datang sekolah jumpa cikgu. Memori darjah satu yang tidak akan pernah dilupakan.  ye, saya kuat mengadu. hiks..^^, My hero ever. akak sayang ayah. :')


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment