Tuesday, December 18, 2012

Tidak pernah sunyi dari kasihNya.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

'Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'
(surah Al-Baqarah:153)

00:17AM


Iman ibarat air laut
Kadangkala pasang dan kadangkala surut.
Iman juga bagaikan awan yang menutupi cahaya bulan
sehingga cahaya sebenarnya terhalang.
Selagi awan yang menututpi tidak tersingkir,
selama itulah bulan umpama ditutup tabir.
Begitu pula hati orang mukmin
Pada masa tertentu diselimuti kabus yang gelap berbentuk
perbuatan kederhakaan dan akhirnya imannya menjadi lemah.
Jika iman telah lemah akan bertambahlah keingkaran hati dan fikiran.

00.28AM


'Maka tidak pernahkah mereka berjalan dimuka bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.'
(Surah Al-Hajj:46)

00:35AM

Peringatan bertubi-tubi dari sahabat-sahabat tercinta. Tersentak rasa. Seolah-olah tahu yang sekarang iman tengah 'sakit'. Sesak dada bagaikan ada benda yang tak lepas dari hati. Puas cari mana punca. Tapi masih tak berjumpa. Bagaikan ada dosa yang singgah melata.

Namun, kasihNya tidak pernah sunyi. Bagaikan mendengar rintihan kecil, DIA hantarkan ayat2 cinta melalui mereka. Ya, aku tak pernah sunyi. Syukur ya Allah, hanya kepada Engkau tempat aku bergantung harap.

Terima kasih kepada mereka yang tak pernah jemu memberi peringatan. Hanya Allah yang dapat membalas.  Moga ikatan hati ini akan berkekalan hingga kita berjumpa di SANA kelak. InshaAllah.. :)


Wassalam.

bicaraluqluq: Sungguh, aku mahu menjadi jiran kalian di Jannah. Namun,layakkah aku? 
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment