Monday, December 3, 2012

Teruskan langkahmu.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Bila sebut pasal hijrah, macam-macam yang bermain di minda. Mampukah aku terus kuat? Mampukah aku terus bertahan sedangkan bermacam-macam dugaan datang. Allah.. jika semuanya dilakukan hanya semata-mata kerana tuhan yang satu, semua persoalan itu seakan-akan tidak wujud. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman" , sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang sedemikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta
(Al-Ankabut:2-3)

Berubah itu perlukan pengorbanan. Bukan benda mudah. Orang yang sedang melalui sahaja yang tahu bagaimana rasa apabila memilih jalan ini. Tak semua manusia akan suka dengan apa yang kita lakukan. Ada yang memandang sinis, ada yang mengata itu ini, dan ada juga yang sudi memberi kata-kata semangat. Payah. Namun, apalah sangat dengan kata-kata manusia yang hakikatnya Allah ciptakan kita dan mereka sebagai makhluk yang serba kekurangan, hati yang jika tidak dijaga penuh hasad dengki dan iri hati. Apa yang penting, Allah sentiasa ada. Hanya DIA yang layak menilai. Indahnya rasa, bila semua yang dilakukan ada Allah bersama, merasakan Allah tak pernah jauh...selalu dihati.

Bagaimana mahu kuat dalam jalan yang telah dipilih? Memilih jalan mujahadah, bukan perkara mudah. Alhamdulillah, Allah mengetahui segala persoalan hati. Terjumpa satu artikel, 10 tips untuk terus kuat dalam penghijrahan. Sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan berminat nak kongsikan dalam blog yang serba kekurangan ni. Semoga ada manfaat buat mereka yang sedang dan ingin melakukan perubahan.

1) Hati harus kuat dan azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana? Harus sedar diri betul2 nak berhijrah. Tanam di hati. ”aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila?” Segala amal bermula dari niat. Segala niat bermula dari hati. kalau dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam. Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? Hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.
2) Doa senjata mukmin.

Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jadi hamba bersyukur. Allah kan dah firman
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina”.(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. Ibarat diari untuk kita luah dekat Allah.
3) Sahabat yang soleh
Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. Sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besar macam doremon. Cukuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik dan mebimbing kita kejalan Allah. Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. Mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)
4) Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.
Memang kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student study, pekerja mmg kerja, Tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekat. Kalau Taman2 Syurga(majlis ilmu) di dunia pun kita tidak mahu pergi, kenapa berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah.  Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ n diteruskan dengan alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor segan, tidak biasa, tidak berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala factor yg boleh menghalang.
 5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!
Ada yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “ana tidak punya sahabat soleh untuk bantu ana..ana hanya bergantung kepada internet, facebook.’’ Respon saya.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalau dulu suka dengar korea apa kata tukar dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan pengajaran dalam tu. Cari suasana.
 6) Banyakkan bacaan2 ilmiah
Yang ni penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi kena suruh mmbaca. Rajin2 kan lah tangan beli buku Tarbiyah.. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna cara betul atau tidak. Awal kunci ilmu adalah baca.. Tapi kena cek, Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dri ilmu kita boleh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah ^^
 7) Tidak bertangguh
Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalau mahu berubah azam kena kuat, azam yang kuat tidak akan bertangguh. Ingat, syaitan tidak pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita. Mr.S yakni Syaitan tidak pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dh suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line n buat macam tempat ni dia punya. Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Kompiden bnr2 Allah bg kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.
 8) Belajar dan mengajar
Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah n suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan sentuhan jiwa. Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang boleh bawak masuk kubur tidak putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dr lisan kita sndiri. Disini juga kita boleh bertemu manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat!
 9) Tidak terlalu berpegang dengan statement ‘’Aku tidak mahu jadi jahil..macam kawan2 aku..’’
Penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa tetapi melainkan dia, Hai sahabat. Yakinkah kita once kita dh terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang memegang hati2 kita lebih tahu siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik atau buruk,  hakim tu adalah Dia.Kita ni sebagai hamba yang berjuang, bukannya menghakimi. Tegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2 kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain. Rasa itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia ni naik dan turun. Kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita tidak tahu esok, siapa sangka kwn kita tu lg better dan tinggi darjat dri kita..? Allah ‘alam.
 10) ISTIQAMAH
Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Tidak lagi berkesan didalam suasana beragama, tidak lagi rindukan ilmu, tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama, Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. :’)
kredit to: syarafunnisa
Alhamdulillah, diberikan kekuatan sehingga saat ini. Dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingati. Walaupun diri ini tahu masih ada manusia-manusia yang berkata itu dan ini. Pegang ayat ini, 'No matter what Allah is always by my side". Hidup ni bukan semata-mata untuk menggembirakan orang lain. Berdoalah semoga suatu hari nanti, Allah memberi peluang kepada orang seperti itu merasai nikmatnya mematuhi segala perintah Allah. dan sedar mengapa ditegur begini mengapa ditegur begitu. Peringatan buat diri ini juga. Jom saling mendoakan.  :)
bicaraluqluq: Bila hati mahu berubah, teruskanlah langkah. Bila segalanya kerana Allah, yang susah jadi indah, yang payah bukan pelemah sebuah mujahadah. :)

www.tips-fb.com

4 comments:

  1. iman sedikit teruji bila saat ingin mengubah diri ke arah lebih baik tetapi dikelilingi rakan2 yang agk sosial dan kebanyakkan bukan islam.. tapi perasaan dan semangat tu sngat kuat.. cuma x ade yg nk bimbing dan rujuk kt sni..

    ReplyDelete
  2. Pemilihan kawan sangat penting. semua orang ada keinginan yang sama, cuma keadaan yang buat kita bertangguh nak berubah. pilihan ada kat tangan kita. kak intan dulu nak berubah step by step.mula dari niat,tengok orang buat baik, pakaian sopan kita azam kita nak jadi macam tu suatu hari nanti. Buat perubahan jangan mendadak. Baiki mana yang penting, solat kena jaga, doa banyak2, inshaa Allah, Allah akan buka jalan untuk orang yang betul2 ikhlas nak kembali pada Dia. :)

    ReplyDelete
  3. sedang mencuba baiki ape yg salah.. tambah ape yg kurang.. insyaallah.. doakan kite kuat ye kaq :)

    ReplyDelete