Tuesday, January 1, 2013

Entry pertama 2013. :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Alhamdulillah
Tahun 2012 telah berlalu semalam.
Terima kasih kepada mereka yang mewarnai diari hidup cik luqluq.

Jeda, Kak Shidah, Shitah, tiqah
Teman serumah. Masak bersama, ketawa bersama, bersusah susah bersama.
Su, Mariah, Zatie, Umie, Aisya
Yang rajin melawat kami, memeriahkan lagi suasana rumah
Terima kasih awak2 semua.
:')

Lina, Shamiera, Shafinaz
Teman sekuliah. yang banyak sangat membantu. Kadang2 malu dengan mereka. Mereka yang sangat memahami keadaan. 
Terima kasih sahabat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

dan sahabat2 yang lain yang tak dapat nak sebut namanya,
Terima kasih atas kenangan yang berlaku sepanjang tahun 2012.

Hari ini 1 Januari 2013.
Permulaan hari yang indah.
Terhidang sarapan nasi goreng buatan kak shidah.
Tengahari terhidang pula terung masak cili dan ayam masak merah, air tangan cik su dan cik jeda.
Azam tahun baru mereka mungkin hari2 nak masak..hehe.

Salag satu menu air tangan cik jeda dan cik sue.oke lulus! ^_~

Azam apa tahun baru??
Erm.. masih meneruskan azam2 yang lepas.
Moga kali ini lebih istiqamah.
inshaAllah.

22 tahun.
Sudah boleh merangka masa depan yang lebih cerah.
Istiqamah memperbaiki hubungan dengan Allah.
Menghabiskan saki baki semester pengajian dengan cemerlang sebagai hadiah buat mak ayah.
Mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Tajamkan skill2 sebagai bakal zaujah mithali. inshaAllah. ^_^
dan
Boleh start kumpul duit! :D

Semoga tahun ini membawa sinar yang baru.
Hopefully.
:')

Wallahua'lam.



bicaraluqluq: Tahun 2013 bakal berpraktikum dan berLI. Perlu persiapkan diri. Teacher to be. Cikgu Intan! ^_^

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment