Friday, November 16, 2012

Jadilah orang yang baik.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Pagi ni dapat dengar perkongsian dari Prof. Dr. Muhaya di youtube. Banyak point2 yang boleh dijadikan inspirasi dalam hidup. Antaranya.. ceh, ayat pun dah ayat esei. ni semua gara-gara assignment KPD. oke sahabat sahabat, moga bermanfaat. :)

4 Sifat yang perlu ada setiap hari

- Sentiasa menghormati semua orang / semua makhluk.
- Lemah lembut
- Ikhlas, baik dengan orang tanpa mengharapkan balasan.
- Sentiasa bertanya "Apakah manfaat yang dapat kita berikan kepada orang pada hari ini?"

Cara-cara membentuk anak dari umur 

0-6   tahun- Jangan berkasar, didik dengan lemah lembut kerana masa ni bayi belum tahu apa yang baik dan apa yang buruk.

7-14 tahun- Seimbangkan antara tegas dan lembut. Ibu bapa sebagai model bagi anak. contoh, dalam menerapkan islam dalam diri anak-anak haruslah ditangani dengan sikap tegas. 

14-21 tahun - Rakan-rakan sebagai model. Harus tahu siapa rakan-rakan anak. Rakan akan mempengaruhi sifat anak-anak.

Masukkan 'software' yang betul pada anak-anak.
contoh:-

sebelum keluar rumah, pesan dengan anak-anak. 

Ingat apa 5 s? Senyum, sapa, salam, sopan , santun.
Jangan buat 3 perkara (3M). Mengeluh, menyesal, merungut.
Bila jumpa orang buat apa? Sebut kebaikan mereka. hargai mereka, jangan kritik mereka.
Hari ini buat apa? Fikir baik, cakap baik, buat baik.
Kalau tengok orang buat apa? tengok orang baik kita sayang, tengok orang jahat kita kasihan dan doakan dia.

Kata-kata motivasi dari Prof.

" Orang yang berjaya, 80% adalah solusi, 20% masalah. Gunakan masalah untuk mencari solusi . Tidak menjadikan masalah sebagai masalah tetapi sebagai batu loncatan untuk kearah kejayaan"

" Orang yang kenyang dengan kasih sayang Allah, tidak perlu kasih sayang manusia. Orang yang bahagia dengan Allah akan bahagia dengan manusia"

" Di syurga nanti, golongan yang masuk syurga adalah golongan yang sedikit. Kita NAK masuk golongan yang sedikit tu."

" Orang yang bijak, dia tidak membenarkan orang lain menentukan emosinya. Orang yang bijak dia tidak reaktif tapi PROAKTIF."

" Motivasi terbaik untuk menghindarkan diri dari dosa adalah dengan mengingati mati, nikmatnya syurga, azabnya api neraka"

Manusia ada 3 jenis

1) Ada orang yang tak nak tolong orang, hanya memikirkan diri sendiri sahaja.
2) Saya boleh tolong kalau orang tolong saya balik.
3) Biar kita buat Allah yang tahu. 

Ada 3 jenis makanan dalam diri

- makanan rohani
- makanan emosi
- makanan fizikal

Dengan "memberi" kepada orang, sebenarnya sedang "memberi" kepada diri sendiri. Apabila memberi, kita sedang memberi makanan rohani. Orang yang makanan rohaninya tinggi, beerti dia hanya bergantung kepada Allah, mencari redha Allah, mengharapkan kasih sayang Allah dan bahagia dengan Allah.

Orang yang mendapat kasih sayang Allah, dia tidak peduli pandangan orang, orang tak suka dia ke, benci dia ke , apa yang penting apa yang Allah suka.

2 emosi yang tidak boleh ada dalam diri kita 

- Sakit hati dengan orang
- Menyesal tak sudah sudah

Wallahua'lam. :)


'Biar orang buat kita, jangan kita buat orang'. moga jadi pegangan.

Sebelum buat sesuatu katakan dalam diri
"Ilahi, Kau yang kutuju, Redhamu yang ku cari. Kurniakan kepadaku KasihMu, mencintai -Mu dan yang mengenali-Mu"

bicaraluqluq: She is really inspiring! one fine day. in shaa Allah. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment