Friday, November 23, 2012

Gastrik oh gastrik.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hampir seminggu housemate kena gastrik. Risau tengok dia tak baik-baik. Kesian tengok makan pun kena berpantang. Sampai kes kena search internet makanan apa yang sesuai untuk pesakit gastrik boleh makan. Macam biasa pak cik google menjadi sasaran maklumat. 

Oke dah jumpa.

Maka dengan ini rutin harian makan beliau seperti berikut ..

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)

2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut

3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. ELAKKAN kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

6. Sebelum tidur minum susu lagi.

7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau

8. Elakkan makanan mengandungi cuka.

9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri (optional)

10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia.

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan gastrik dah lega.

Ada orang kata, jangan minum susu tapi bila search2 lagi jumpa lah jawapan ni.

Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream). Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa
(atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang.

- maknanya yang tak boleh minum adalah susu rendah lemak. oke oke faham.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah lebih baik.Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

- oke yang ni tahu kenapa beliau tak baik-baik dari sakit. erm..kesian akak..
  
Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.


Untuk beliau:

Syafakillah kak. Moga kuat hadapi ujian dari Allah. Cepat-cepat sembuh. Rumah sunyi. Nasib baik ada cik roomate yang super prihatin, happening lagi lagi bertambah dengan speaker barunya..hihi.nak akak yang aktif. Cepat-cepat sembuh ye. :)


bicaraluqluq: Sakit itu kifarah dosa-dosa kecil. Redha. Ujian tanda kasih sayang dariNya. :)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment