Friday, May 25, 2012

Perubahanku, KeredhaanMU.

Bismillahirrahmanirrahim..

jam 2.32 pagi
mata masih segar
mencari sedikit ilmu yang boleh memberi manfaat
terbaca satu artikel
mengenai perubahan diri.
demi mencari redha ALLAH.

21 tahun
sehingga saat ini persoalan sentiasa bermain di minda
apa yang telah aku beri padaMU yaAllah??
sudah cukupkah?

dulu aku bukan aku yang sekarang
aku dulu aku yang pernah kalah pada nafsu
tidak mampu berlawan dengan perasaan sendiri
namun,aku tahu
perubahanku kini kerana ENGKAU yaAllah
yang telah menarik,menyedarkanku kembali.
betapa cinta manusia tiada apa-apanya.

pakaianku kini bukan tanda alimnya diriku
bukan niat untuk bermegah-megah betapa baiknya aku
tapi sebagai tanda aku sedang mencari diriku 
mencari siapa penciptaku
menjaga diri dan hati
dari dinodai lagi

Betapa mujahadah itu sangat payah
melawan nafsu yang tiada kesudahan
Syaitan masih mencari ruang untuk membisik katakata dusta
Tapi, aku percaya Engkau sentiasa disisiku
menemaniku setiap saat.

Kini
hanya satu pintaku yaAllah
Tetapkanlah hatiku 
Mantapkanlah imanku 
Moga diri istiqamah di jalan ini
kerana aku sedang belajar untuk jatuh cinta kepadaMU
belajar merindui KekasihMU.

Syukur Alhamdulillah.
Engkau telah mengirimkan mereka yang mencintaiMU
untuk sentiasa mendampingi aku
yang sedang mencari identiti si muslimah sejati.
dan Syukur Alhamdulillah
Engkau juga telah membuka hati-hati sahabat2ku
untuk bersama-sama denganku
dalam menjejak cinta sejati. 
:)


bicaraluqluq: Entah mengapa, rasa ini sangat luar biasa. Alhamdulillah. :)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment